Ahad, 4 Disember 2011

0 21.0 Teknologi dan Masyarakat Informasi

Pada asasnya teknologi komunikasi membawa maksud kaedah atau cara dan peralatan yang membuatkan proses atau aktiviti komunikasi itu lebih cepat, cekap, mudah dan berkesan. Ia juga memberi gambaran bahawa maklumat, mesej atau ilmu pengetahuan yang banyak dan pelbagai dapat disampaikan atau diterima dari sumber kepada penerima di lokasi yang berbeza secara mudah, pantas dan cekap. Teknologi juga adalah salah satu ciptaan sains yang bersifat memudahkan sesuatu.

            Teknologi yang dihasilkan dengan niat yang betul dan digunakan dengan sewajarnya boleh membantu memudahkan kehidupan manusia. Sebagai contoh, pada awal kemunculan televisyen, ianya telah mendapat pelbagai tentangan dan pandangan negatif oleh masyarakat. Berbagai-bagai jenis ketakutan yang timbul dalam diri setiap masyarakat terhadap  kewujudan teknologi tersebut.
            Namun begitu, kini set televisyen telah menjadi suatu keperluan penting untuk semua masyarakat di dunia sebagai medium atau untuk mereka mendapatkan maklumat dan hiburan. Sementara itu, konsep teknologi maklumat merujuk kepada kaedah, peralatan dan perisian yang digunakan dalam kegiatan menjana, mengumpul, memproses, mengurus, menyebar dan menyimpan maklumat.
          Menurut pandangan realist, “Information Technology” atau IT  adalah kesan atau akibat daripada pembagunan. IT juga tidak membawa kepada pembangunan Negara sebaliknya telah menyebabkan wujudnya keadaan ketidakseimbagan dalam Negara-negara dunia ketiga. Idea yang dimajukan oleh pandangan realism ini ialah perkembangan IT telah membawa peningkatan imperialism.

            Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang semakin mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyara­kat. Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berda­sarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, ternyata bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.
            Transformasi Malaysia untuk melahirkan modal insan atau generasi belia yang berilmu, telah telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan tertubuhnnya Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) pada tahun 1996 di Cyberjaya. Pembinaan ini bertujuan ini untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang berilmu dan bermaklumat sejajar dengan kemajuan Negara.
            Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari selur­uh dunia.
            Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.
            Oleh itu, negara Malaysia kini akan mengorak langkah dalam melahirkan masyarakat berinformasi. Pelbagai kemudahan dan frasarana untuk memudahkan proses komunikasi dan penyebaran maklumat dibina bagi memastikan golongan luar bandar tidak terpinggir untuk menikmati akses dan penggunaan teknologi ini. Masyarakat kini bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat dengan pantas malahan juga mereka berupaya menjadi penyumbang ke arah perkongsian maklumat secara global dengan kemudahan internet yang ada. Pergerakan gelombang kemajuan ini telah berlaku dengan pantas sejak kerajaan memperkenalkan wawasan 2020 yang menuntut supaya negara Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Maka kemasukan teknologi maklumat secara besar- besaran dilakukan yang akhirnya untuk mencapai wawasan ini.

0 20.0 Belia 1 Malaysia

 Gagasan 1Malaysia adalah satu konsep yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Najib bin Tun Hj Abd Razak pada 2 April 2009. Semasa beliau memerintah, beliau telah memperkenalkan konsep ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap  rakyat di Malaysia.

1Malaysia juga diertikan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara tercapai iaitu Wawasan 2020 jika ianya diterapkan dalam pendirian setiap belia di Malaysia serta mereka mengamalkannya dalam setiap urusan maka Wawasan 2020 akan tercapai.

Justeru itu para belia hendaklah bersatu padu dalam merealisasikan gagasan yang telah ditubuhkan ini agar kita dapat mencapai atau setaraf dengan negara-negara maju di masa akan datang. Nilai-nilai yang diterapkan dalam Gagasan 1Malaysia bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan belia Malaysia. Disamping itu, bagi mencapai kemajuan sesebuah negara rakyat hendaklah dimajukan terlebih dahulu dan ia hendaklah dimajukan dengan membentuk sikap menerima antara kaum yang akan membawa kepada perpaduan antara kaum yang utuh. Apabila kata sepakat antara kaum telah tercapai, maka pembangunan negara akan berjalan lancar dan dapat mencapai Wawasan 2020.
Pihak kerajaan menggunakan teknologi dan media tradisional untuk menyampaikan maklumat berkaitan Gagasan 1Malaysia ini. Teknologi yang meluas membolehkan para belia mengetahui akan apa yang dimaksudkan dengan gagasan 1Malaysia. Golongan yang berfikiran bahawa teknologi membawa kebaikan kepada belia dan masyarakat adalah Mcluhan, Daniel Bell, Alvin Toffler dan David Lyon menurut golongan ini teknologi mampu menyeimbangkan dunia kerana teknologi memberikan faedah serta menjanjikan dunia yang lebih maju dan sempurna kepada masyarakat serta penggunaan teknologi juga membawa keuntungan yang besar kepada negara kerana dengan kemodenan akan membolehkan sesebuah negara maju berbanding negara yang kurang pendedahan terhadap teknologi.

Perhimpunan Sejuta Belia pada Mei 2011, telah berjaya menarik minat dan disokong padu oleh golongan belia dari pelbagai kaum yang datang dari seluruh negara untuk menyertai program ini. Ketika Perdana Menteri berucap, beliau menyatakan bahawa pihak kerajaan telah menyediakan beberapa inisiatif untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan belia di negara ini, antaranya ialah penubuhan Parlimen Belia yang bertujuan untuk mengetahui pandangan, cadangan dan cita rasa golongan belia. Beliau juga memperkenalkan konsep mentor-mentee kepada belia dalam beberapa bidang seperti keusahwanan, sektor awam, aktiviti sosial, industri, kreatif dan professional.

Belia menggunakan teknologi yang tesedia untuk mengetahui sesuatu perkara, seharusnya belia lebih menggunakan teknologi ini kearah kebaikan supaya ianya membawa kebaikan kepada negara dan masyarakat sejagat.