Apakah kaitan antara belia dengan teknologi dan alam sekitar ? ?
Penggunaan teknologi dalam sesebuah negara tidak dapat dielakkan lagi ianya bertujuan untuk memajukan negara serta rakyatnya supaya tidak ketinggalan daripada aspek teknologi. Pada masa kini, kita dapat lihat penggunaan teknologi yang semakin meluas telah menyebabkan beberapa masalah terhadap alam sekitar disekeliling kita. Kesan-kesan negatif dan juga positif daripada penggunaan teknologi pada masa kini telah jelas dan dapat dilihat oleh mata kasar kita sendiri. Masyarakat menjadi alpa akan tanggungjawab semua untuk menjaga alam sekitar yang tidak terbanding nilainya kerana kesan-kesan yang ditinggalkan oleh penggunaan teknologi oleh kita sendiri menyebabkan berlakunya semua perkara tersebut.
Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 “pemuliharaan alam sekitar-tanggungjawab bersama” menyatakan bahawa pencemaran merupakan sebarang aktiviti yang membolehkan berlakunya perubahan sama ada secara langsung atau tdak langsung kepada alam sekitar dengan melepaskan, mengeluarkan dan meletakkan buangan hingga menjejaskan kegunaan berfaedah yang akan menimbulkan sesuatu keadaan yang berbahaya kepada kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam, organisma, tumbuhan dan haiwan. Pada masa kini pihak-pihak yang terlibat telah menghasilkan pelbagai jenis produk yang berasaskan teknologi hijau. Teknologi hijau adalah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar supaya dapat meminimumkan kesan negatif terhadap alam sekitar daripada aktiviti manusia itu sendiri.
Pandangan Optimis seperti Daniel Lerner dan Wilbur Schramm mengandaikan bahawa teknologi baru akan mengakibatkan masyarakat menjadi seimbang. Mereka menyatakan bahawa semua teknologi memberi kebaikan yang menyeluruh kepada penggunanya bahkan sebagai belia yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjaga kualiti alam ini bukan kerana hanya untuk diri kita sendiri tetapi untuk generasi kita yang akan datang. Tanpa teknologi itu sendiri belia menjadi mundur dan tiada daya saing antara satu sama lain.
Belia juga dapat mengetahui tentang pelbagai perkara melalui penggunaan teknologi seperti di internet. Mereka dapat berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara yang mungkin tidak diketahui oleh individu lain sebagai contoh saintis menjumpai sesuatu tumbuhan atau haiwan baru yang tidak dikenali dan dengan itu mereka menjalankan kajian tentang perkara tersebut dengan bantuan teknologi untuk mendapatkan maklumat. Teknologi juga memainkan peranan dalam pembuatan keputusan sesuatu maklumat yang didapati.

Kepupusan flora dan fauna dapat dilihat melalui penggunaan bahan kimia dalam bidang pertanian. Sebagai contoh, penggunaan pestisid dalam bidang pertanian. Para petani menggunakan pestisid bagi mengelakkan hasil tani mereka dimakan serangga perosak. Namun penggunaan pestisid secara berlebihan boleh menyebabkan pencemaran, disamping itu ianya juga menggangu kitaran makanan dalam sesuatu populasi itu serta mengakibatkan kepupusan atau kecacatan kepada organisma. Sebagai contoh, pada tahun 1995 di Minnesota, ahli biologi mendapati hampir separuh daripada spesis katak ‘leopard’ yang ditangkap untuk kajian mengalami deformasi dengan mempunyai kaki lebih atau kurang dari empat, tiada mata dan ada juga diantaranya mempunya mata dibahagian belakang atau di bahu.
Belia dan alam sekitar saling memerlukan kerana tanpa belia alam sekitar akan selamanya musnah. Belia-belia harus memainkan peranan untuk mengekalkan keharmonian dan keindahan alam sekitar kerana manusia memerlukan oksigen yang dilepaskan oleh tumbuh-tumbuhan, jika tiada oksigen yang dibekalkan oleh tumbuhan manusia tidak mungkin dapat hidup. Jadi manusia dan alam memerlukan antara satu sama lain untuk terus hidup.
Belia dapat menyelamatkan alam sekitar dengan mengitar semula barangan terpakai walaupun sumbangan sebegini kecil tetapi memberi kesan yang besar terhadap alam sekitar kita. Selain daripada itu, belia juga seharusnya mengurangkan penggunaan kenderaan sendiri kerana sebaiknya belia menggunakan kemudahan awam seperti bas dan komuter untuk ketempat yang dituju, ianya dapat mengurangkan kesan pencemaran udara dan bunyi. Asap-asap daripada enjin kenderaan akan menyebabkan udara tercemar dan memberi kesan kepada lapisan ozon bumi. Saranan kepada belia-belia semua, seharusnya kita sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar sebelum ianya terlambat.
0 comments:
Catat Ulasan