Tahukah anda jenayah siber yang melibatkan golongan belia ? ?
Kejadian jenayah siber bukan lagi perkara luar biasa di Malaysia. Jenayah ini kian berleluasa sejak akhir-akhir ini. Golongan remaja tidak terkecuali daripada terlibat dalam jenayah siber ini sama ada sebagai mangsa atau penjenayah itu sendiri. Oleh itu golongan remaja harus mempunyai pengetahuan berkenan jenayah siber ini supaya tidak terlibat dengannya ataupun menjadi mangsa kepada penjenayah. Jenayah siber didefinisikan oleh Mr Donn B. Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa :
“Jenayah komputer adalah mana perlakuan yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan mangsa menderita dan kerugian berterusan”.
Terdapat satu akta yang mengkhususkan kepada perilaku jenayah siber ini di Malaysia adalah akta jenayah komputer 1997.jenayah komputer sering kali dirujuk sebagai jenayah siber Dari segi definisi jenayah komputer merujuk kepada jenayah yang menggunakan komputer sebagai alat dan melibatkan hubungan yang terus antara komputer dengan penjenayah berkenaan. Contohnya, seorang kerani bank tanpa kebenaran telah memindahkan sejumlah wang daripada akaun pelanggan kepada akaun dormant bagi tujuan kepentingan dirinya . Sebaliknya jenayah siber dilakukan melalui internet, oleh itu jenayah ini boleh meliputi negara luar dan dari lingkungan penguatkuasaan Malaysia. Namun begitu, tidaklah salah jika menyatakan bahawa jenayah komputer adalah jenayah siber kerana kesannya adalah sama dari segi undang-undang.
KATEGORI JENAYAH SIBER MENGIKUT AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997
Secara umumnya jenayah siber dikategorikan kepada tiga bahagian. Pertamanya jenayah siber terhadap harta benda, keduanya, jenayah siber terhadap manusia/ individu dan ketiga, keganasan siber.
· Jenayah Siber Terhadap Harta Benda
Jenayah siber terhadap harta benda adalah melibatkan semua bentuk harta benda seperti mencuri maklumat, wang, harta atau perkhidmatan. Ianya merangkumi penipuan, pemalsuan dan pengganggu (mischief). Contohnya -contohnya adalah seperti kesalahan menggunakan kenyataan dan salah tafsiran untuk memujuk negara memberikan harta, barang-barang berharga secara rela. Antara jenayah jenis ini adalah pemasaran secara 'multilevel', francais, lelongan dan sebagainya.
Perlakuan mengubahsuai dokumen dengan niat menggunakan dokumen dokumen itu untuk menipu. Jenayah siber jenis ini dilakukan apabila seseorang yang menggunakan komputer. Sementara itu kategori seperti pengganggu dilakukan secara amnya oleh virus komputer. Virus ini boleh dihasilkan dan disebarkan memalui 'download' dan membuka program atau file yang berpaut pada e-mail. Seterusnya adalah vandalisme siber, iaitu seorang yang menceroboh masuk sistem komputer bagi tujuan merosakkan atau memusnahkan maklumat yang terdapat.
· Jenayah Siber Terhadap Manusia
Jenayah siber terhadap manusia walaupun tidak melibatkan kesan fizikal, tetapi cukup untuk memberi kesan buruk kepada mangsanya. Contoh-contohnya adalah seperti pornografi, gangguan siber di mana mangsa diganggu melalui internet dan dilakukan ke atas mangsa melalui laman web, e-mail atau program 'chat'. Selain itu juga melalui pengintipan yang dilakukan untuk mengancam mangsa melalui mesej e-mail sepertimana Bill Gates menerima ugutan bunuh.
· Keganasan Siber
Keganasan siber adalah dirancang dan dimotivasikan secara politik terhadap maklumat, sistem komputer, program komputer dan data oleh golongan kecil dan agen-agen sulit sahaja. Contohnya adalah seperti jenayah yang melibatkan kawalan trafik udara terjejas mengakibatkan perlanggaran kapal terbang.
Oleh yang sedemikian melalui Akta Jenayah Komputer, senario atau kejadian seperti yang dibincangkan di atas boleh dikawal selia dan dielakkan. Maka jika jenayah seperti di atas dilakukan maka berdasarkan akta dan undang-undang berkenaan hukuman setimpal atau prosiding undang-undang boleh dikenakan.
DATA JENAYAH SIBER DI MALAYSIA
Bil | Jenis Ancaman | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 |
1 | Penceroboh(intrusion) | 467 | 897 | 385 | 766 |
2 | Penipuan(fraud) | 149 | 287 | 364 | 907 |
3 | Penggodam(hacker) | 89 | 68 | 182 | 277 |
4 | Gangguan siber(harassment) | 43 | 51 | 31 | 72 |
5 | Lain-lain | 119 | 69 | 76 | 101 |
Jumlah kes | 865 | 1372 | 1038 | 2123 |
Jadual menunjukkan bilangan kes jenayah siber yang dilaporkan dari tahun 2005 hingga 2008 , yang memberikan fokus kepada empat bentuk ancaman yang paling ketara iaitu penceroboh , penipuan , penggodam dan gangguan siber . apa yang dapat dilihat di sini ancaman penipuan maklumat pada tahun telah meningkat secara mendadak mengatasi ancaman penceroboh , berbanding beberapa tahun lepas di mana ia berada tempat kedua tertinggi.
Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Malaysia tidak akan memandang ringan terhadap kegiatan jenayah siber kerana mendapati teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menerusi internet dan jalur lebar mempunyai elemen atau unsur bahaya yang perlu ditangani, Katanya lagi walaupun protokol internet antarabangsa yang didokong kumpulan tertentu menegaskan agar internet jangan disekat, dibimbing atau ditapis, Malaysia tetap berpendirian bahawa jenayah siber bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan.
Namun pada 3 November 2011. Dato’ seri Dr Rais Yatim menyatakan bahawa Persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan satu mekanisme jaringan antarabangsa yang jitu bagi menangani masalah jenayah siber, beliau berkata persetujuan itu dicapai dalam persidangan Landon mengenai ruang maya.
Diharapkan dengan berita gembira yang di katakan oleh menteri komunikasi dan kebudayaan ini akan mengurangkan kadar kes jenayah siber yang berlaku di Malaysia di masa hadapan.
0 comments:
Catat Ulasan