Ahad, 4 Disember 2011

0 21.0 Teknologi dan Masyarakat Informasi

Pada asasnya teknologi komunikasi membawa maksud kaedah atau cara dan peralatan yang membuatkan proses atau aktiviti komunikasi itu lebih cepat, cekap, mudah dan berkesan. Ia juga memberi gambaran bahawa maklumat, mesej atau ilmu pengetahuan yang banyak dan pelbagai dapat disampaikan atau diterima dari sumber kepada penerima di lokasi yang berbeza secara mudah, pantas dan cekap. Teknologi juga adalah salah satu ciptaan sains yang bersifat memudahkan sesuatu.

            Teknologi yang dihasilkan dengan niat yang betul dan digunakan dengan sewajarnya boleh membantu memudahkan kehidupan manusia. Sebagai contoh, pada awal kemunculan televisyen, ianya telah mendapat pelbagai tentangan dan pandangan negatif oleh masyarakat. Berbagai-bagai jenis ketakutan yang timbul dalam diri setiap masyarakat terhadap  kewujudan teknologi tersebut.
            Namun begitu, kini set televisyen telah menjadi suatu keperluan penting untuk semua masyarakat di dunia sebagai medium atau untuk mereka mendapatkan maklumat dan hiburan. Sementara itu, konsep teknologi maklumat merujuk kepada kaedah, peralatan dan perisian yang digunakan dalam kegiatan menjana, mengumpul, memproses, mengurus, menyebar dan menyimpan maklumat.
          Menurut pandangan realist, “Information Technology” atau IT  adalah kesan atau akibat daripada pembagunan. IT juga tidak membawa kepada pembangunan Negara sebaliknya telah menyebabkan wujudnya keadaan ketidakseimbagan dalam Negara-negara dunia ketiga. Idea yang dimajukan oleh pandangan realism ini ialah perkembangan IT telah membawa peningkatan imperialism.

            Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menafikan bahawa teknologi maklumat merupakan agenda baharu yang semakin mendapat tempat dalam sanubari segenap lapisan masyarakat. Kerajaan telah mengambil langkah yang serius untuk menerapkan budaya teknologi maklumat kepada masyara­kat. Berbagai-bagai kempen dijalankan untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pentingnya teknologi maklumat. Sejumlah peruntukan yang besar telah dilaburkan untuk tujuan itu. Berda­sarkan usaha dan iltizam kerajaan yang tinggi itu, ternyata bahawa bidang teknologi maklumat mempunyai manfaat yang sangat besar kepada masyarakat dan negara ini.
            Transformasi Malaysia untuk melahirkan modal insan atau generasi belia yang berilmu, telah telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri yang keempat iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan tertubuhnnya Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor (MSC) pada tahun 1996 di Cyberjaya. Pembinaan ini bertujuan ini untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang berilmu dan bermaklumat sejajar dengan kemajuan Negara.
            Teknologi maklumat mampu menjadikan masyarakat negara ini sebagai sebuah masyarakat yang sentiasa peka dengan perkembangan dan pergolakan dunia. Melalui kemajuan dalam bidang penyebaran maklumat, masyarakat negara ini tidak ketinggalan untuk mengikuti perkembangan. Maklumat yang disalurkan amat pantas. Hanya dengan memiliki sebuah komputer peribadi yang disambung dengan perkhidmatan internet, masyarakat boleh mendapatkan maklumat dari selur­uh dunia.
            Mereka hanya perlu menggerakkan tetikus untuk mendapatkan maklumat terkini dalam sesuatu bidang. Contohnya masyarakat Malaysia boleh mengikuti pergolakan politik di Timur Tengah melalui skrin komputer mereka. Oleh itu penguasaan teknologi maklumat mampu menjadi masyarakat Malaysia sebagai masyarakat berinformasi.
            Oleh itu, negara Malaysia kini akan mengorak langkah dalam melahirkan masyarakat berinformasi. Pelbagai kemudahan dan frasarana untuk memudahkan proses komunikasi dan penyebaran maklumat dibina bagi memastikan golongan luar bandar tidak terpinggir untuk menikmati akses dan penggunaan teknologi ini. Masyarakat kini bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat dengan pantas malahan juga mereka berupaya menjadi penyumbang ke arah perkongsian maklumat secara global dengan kemudahan internet yang ada. Pergerakan gelombang kemajuan ini telah berlaku dengan pantas sejak kerajaan memperkenalkan wawasan 2020 yang menuntut supaya negara Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Maka kemasukan teknologi maklumat secara besar- besaran dilakukan yang akhirnya untuk mencapai wawasan ini.

0 20.0 Belia 1 Malaysia

 Gagasan 1Malaysia adalah satu konsep yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Najib bin Tun Hj Abd Razak pada 2 April 2009. Semasa beliau memerintah, beliau telah memperkenalkan konsep ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap  rakyat di Malaysia.

1Malaysia juga diertikan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara tercapai iaitu Wawasan 2020 jika ianya diterapkan dalam pendirian setiap belia di Malaysia serta mereka mengamalkannya dalam setiap urusan maka Wawasan 2020 akan tercapai.

Justeru itu para belia hendaklah bersatu padu dalam merealisasikan gagasan yang telah ditubuhkan ini agar kita dapat mencapai atau setaraf dengan negara-negara maju di masa akan datang. Nilai-nilai yang diterapkan dalam Gagasan 1Malaysia bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan belia Malaysia. Disamping itu, bagi mencapai kemajuan sesebuah negara rakyat hendaklah dimajukan terlebih dahulu dan ia hendaklah dimajukan dengan membentuk sikap menerima antara kaum yang akan membawa kepada perpaduan antara kaum yang utuh. Apabila kata sepakat antara kaum telah tercapai, maka pembangunan negara akan berjalan lancar dan dapat mencapai Wawasan 2020.
Pihak kerajaan menggunakan teknologi dan media tradisional untuk menyampaikan maklumat berkaitan Gagasan 1Malaysia ini. Teknologi yang meluas membolehkan para belia mengetahui akan apa yang dimaksudkan dengan gagasan 1Malaysia. Golongan yang berfikiran bahawa teknologi membawa kebaikan kepada belia dan masyarakat adalah Mcluhan, Daniel Bell, Alvin Toffler dan David Lyon menurut golongan ini teknologi mampu menyeimbangkan dunia kerana teknologi memberikan faedah serta menjanjikan dunia yang lebih maju dan sempurna kepada masyarakat serta penggunaan teknologi juga membawa keuntungan yang besar kepada negara kerana dengan kemodenan akan membolehkan sesebuah negara maju berbanding negara yang kurang pendedahan terhadap teknologi.

Perhimpunan Sejuta Belia pada Mei 2011, telah berjaya menarik minat dan disokong padu oleh golongan belia dari pelbagai kaum yang datang dari seluruh negara untuk menyertai program ini. Ketika Perdana Menteri berucap, beliau menyatakan bahawa pihak kerajaan telah menyediakan beberapa inisiatif untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan belia di negara ini, antaranya ialah penubuhan Parlimen Belia yang bertujuan untuk mengetahui pandangan, cadangan dan cita rasa golongan belia. Beliau juga memperkenalkan konsep mentor-mentee kepada belia dalam beberapa bidang seperti keusahwanan, sektor awam, aktiviti sosial, industri, kreatif dan professional.

Belia menggunakan teknologi yang tesedia untuk mengetahui sesuatu perkara, seharusnya belia lebih menggunakan teknologi ini kearah kebaikan supaya ianya membawa kebaikan kepada negara dan masyarakat sejagat.

Rabu, 30 November 2011

0 19.0 Teknologi dan Dunia Tanpa Sempadan

Apa kaitan BELIA, TEKNOLOGI dan DUNIA TANPA SEMPADAN ?

Wahhh...kini kita sudah di pos yang ke-19 iaitu teknologi dan dunia tanpa sempadan. Korang tahu ke apa tu dunia tanpa sempadan ? Pengertian belia dan teknologi awal-awal lagi dah dibincangkan kan...hehe harap-harap kalian dapat mengaplikasikan segala input yang telah kami kongsikan ya....

Okaylah...dunia tanpa sempadan ni ialah dunia yang segala maklumat ada di hujung jari. Seperti yang kita tahu, teknologi sekarang semakin moden. Sekarang semua benda menggunakan akses internet. Dibawah ini ada sedikit penerangan tentang dunia tanpa sempadan :



·    Penggunaan satelit - Malaysia lancar MEASAT 1 pada tahun 1995
·  Satelit memancarkan isyarat komunikasi telefon, faks, televisyen, telesidang dan lain-lain
·       Satelit SITE kepunyaan India, PALAPA kepunyaan Indonesia
·   Siaran televisyen secara langsung ke seluruh dunia, menjalin hubungan manusia sejagat - Siaran CNN, NBC, BBC
·       Internet - rangkaian komputer antarabangsa - komunikasi 
    sejagat (Global Village) - wujud masyarakat maklumat



Kepentingan teknologi dalam kehidupan manusia pada zaman moden ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun terutamanya kepada golongan belia. Keseluruhan hidup belia mempunyai kaitan dengan teknologi atas pelbagai sebab dan dalam pelbagai bentuk. Tanpa teknologi kehidupan manusia pada zaman moden akan dikelilingi dengan pelbagai kesulitan.


Kita bagi contoh yang mudah, iaitu belia dan perniagaan. Teknologi adalah faktor yang amat penting kepada sesebuah perniagaan. Semakin meluas teknologi digunakan dalam sesuatu perniagaan, maka semakin majulah perniagaan yang diusahakan tersebut. Contohnya, industri pembuatan yang mengeluarkan sesuatu komponen akan menggunakan sistem CAD (Computer-aided Design) atau CAM (Computer-aided Manufacturing) yang canggih untuk membuat sesuatu reka bentuk dengan lebih efektif dan efisien.

      Dunia tanpa sempadan juga kita boleh kaitkan dengan globalisasi. Ramai sarjana yang memberikan definisi terhadap globalisasi ini. Secara kasarnya, globalisasi ialah proses penyebaran unsur-unsur baru khususnya berkaitan dengan informasi komunikasi secara internasional melalui media cetak dan media elektronik. Globalisasi sangat mempengaruhi kepada hampir semua aspek kehidupan secara sedar atau tidak sedar. Namun, terdapat segelintir mempraktikkannya dan sebahagiannya tidak kerana mungkin disebabkan faktor ekonomi dan sosial. Apabila kita bercerita tentang belia, mereka sangat sinonim dengan arus globalisasi ini. Respon mereka sangat positf kea rah globalisasi. Kita boleh lihat bagaimana belia menerimanya dalam perbincangan kita pada minggu-minggu yang lalu.  Sebenarnya, belia adalah dijangka lebih merasakan kesan arus globalisasi kerana berada pada usia perdana. 
            Pengarah Institut Asia Eropah Universiti Malaya, Dato’ Prof Dr. Shaharil Talib telah menyerahkan kertas kerja yang ditulis oleh beliau sendiri dan Naib Canselor Universiti Malaya pada Seminar Belia Koperasi ICA Serantau 2004 di Shah Alam. Kertas kerja tersebut bertajuk Penglibatan Belia dalam Persekitaran yang Berubah-ubah. Kata beliau dalam seminar tersebut, kesan daripada dunia tanpa sempada telah menyebabkan keadaan tidak stabil dari segi ekonomi dan sosial. Ianya akan meningkatkan jurang sosial kerana golongan kaya akan menjadi semakin kaya dan golongan miskin menjadi lebih miskin. Justeru, golongan belia pada zaman sekarang haruslah tidak hanya menggunakan teknologi komunikasi dan memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa mengambil kira kesan pada masa akan datang.




AWAS REALITI DUNIA TANPA SEMPADAN


      Dalam dunia yang serba global ini, kita seringkali didedahkan dengan falsafah yang kononnya pada masa kini, dengan pelbagai kemajuan teknologi dan telekomunikasi, dunia semakin mengecil dan tiada lagi sempadan antara manusia sejagat. Penyokong-penyokong falsafah ini, kebanyakkannnya dari  Barat giat menyatakan kononnya tiada lagi batasan sempadan di antara manusia sejagat dan kita sebenarnya tinggal di dalam sebuah perkampungan global atau a global village. Dalam perkampungan global ini tentunya hak masyarakat 'sekampung' itu sama, peluang-peluang ekonominya sama dan kebebasan yang bakal dikecapi oleh penduduknya juga turut akan sama tetapi realitinya tidak semudah itu.
          Teori dunia tanpa sempadan ini hanyalah omongan kosong golongan globalis yang ingin menyedapkan mata dan telinga masyarakat yang 'masih perlu dimajukan' di Timur, Afrika dan negara -negara selatan Khatulistiwa dan juga indah khabar dari rupa pada pandangan sesetengah komuniti yang terpinggir di dalam perkampungan global ini.
         Walaupun dunia tanpa sempadan ini, gagal memberikan keadilan dari segi politik dan juga ekonomi tetapi ia telah membuka pintu kepada penyaluran maklumat dengan segera dan pantas.


( contoh / bukti keratan akhbar yang membincangkan mengenai dunia tanpa sempadan.)


Utusan Malaysia - Awas dunia tanpa sempadan   

Utusan Malaysia
Awas dunia tanpa sempadan
Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan koleksi buku hasil karya Persatuan Alumni UiTM sambil diperhatikan oleh Mohd. Zin Mohamed (tengah) dan Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah (kiri) pada majlis Wacana Intelek Ulung di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam. - UTUSAN / SAIFUL BAHARI ASHARI
PUTRAJAYA 19 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan kerajaan dan rakyat negara ini supaya tidak terlalu ghairah dan mudah terpengaruh dengan konsep dunia tanpa sempadan yang diperkenalkan oleh Barat.
Katanya, ia adalah strategi halus kuasa dunia itu untuk menakluki negara-negara lain bukan melalui peperangan atau persengketaan, tetapi melalui ekonomi dan perdagangan.
Sambil memberi contoh konsep Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) misalnya, ia adalah satu perjanjian yang tidak memberi faedah yang besar kepada Malaysia.
''Negara Singapura yang merupakan negara pertama di rantau ini yang menandatangani perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat mungkin tidak rugi apa-apa kerana negara itu mempunyai pelabuhan bebas cukai.
''Tapi jika FTA dijalankan di Malaysia, apa yang perlu kita korbankan?'' tanya beliau di hadapan kira-kira 200 hadirin pada majlis Wacana Intelek Ulung anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dalam syarahannya yang bertajuk Strategi Memartabatkan Melayu di Dunia Tanpa Sempadan, Dr. Mahathir berkata: ''Kita kena faham betul-betul apa yang dikatakan dunia tanpa sempadan ini, kesan dan kebaikannya kepada negara supaya kita tidak terperangkap.
''Saya percaya ada udang di sebalik batu tentang konsep ini.
''Kalau kita terima bulat-bulat, mungkin kita boleh hilang kemerdekaan,'' katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya orang Melayu diperkukuhkan dalam semua bidang agar dapat membentuk nilai hidup yang mampu memartabatkan bangsa.
Salah satu daripadanya, jelas beliau, meningkatkan jati diri dengan mengamalkan budaya rajin bekerja supaya tidak mudah dipengaruhi gejala rasuah.
Selain itu, katanya, orang Melayu perlu memastikan kuasa politik tidak lemah supaya tidak hilang hak-hak keistimewaan.
"Seterusnya orang Melayu perlu berwaspada dengan sebarang idea yang datang dari luar termasuk berupaya menolak perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita," katanya.
Pada majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan laman web Persatuan Alumni UiTM, www.uitmalumni.com dan buku-buku hasil karya persatuan berkenaan.
Persatuan ini yang sedang mengumpulkan ahlinya seramai kira-kira 350,000 orang di merata tempat, ditubuhkan baru-baru ini bagi membantu meningkatkan profesionalisme ahlinya serta menjaga kebajikan mereka.
Turut hadir pada majlis syarahan perdana itu ialah bekas wanita pertama negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah dan Presiden Persatuan Alumni UiTM, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.







Selasa, 29 November 2011

0 18.0 Kawalan Kerajaan Terhadap Teknologi

Kerajaan  sentiasa  memberi  perhatian  terhadap  keselamatan  teknologi maklumat  dan komunikasi (information and communications technology)  atau  ICT. Pertumbuhan  pesat  penggunaan  ICT  di  kalangan  belia,  terutama  melalui kemudahan  Internet , mendedahkan  maklumat  secara  lebih luas dan ini memungkinkan  berlakunya  pencerobohan  yang  boleh  mengakibatkan kebocoran maklumat  rahsia  rasmi  dan  maklumat rasmi Kerajaan.  Keadaan ini jika tidak diberi perhatian  rapi  boleh  menimbulkan  masalah yang lebih besar di masa hadapan.  Disamping  itu perlu  ada  keseimbangan antara kawalan keselamatan yang terlalu ketat sehingga  membatasi  penyebaran  maklumat  penyampaian  perkhidmatan,  dengan kawalan  yang  terlalu  longgar  yang  boleh  memudaratkan  keselamatan  atau kepentingan  Perkhidmatan  Awam  dan  Negara.
Objektif  utama  Dasar  Keselamatan  ICT  Kerajaan  ialah  seperti  berikut: Memastikan  kelancaran  operasi  Kerajaan  dan  meminimumkan  kerosakan  atau kemusnahan;  Melindungi  kepentingan  pihak-pihak  yang  bergantung  kepada sistem maklumat  daripada kesan kegagalan atau kelemahan dari segi kerahsiaan, integriti, kebolehsediaan, kesahihan maklumat dan komunikasi; dan Mencegah salahguna atau kecurian aset ICT kerajaan.  Dasar Keselamatan ICT Kerajaan ini juga bertujuan untuk  memudahkan perkongsian maklumat sesuai dengan keperluan operasi kerajaan.  Ini hanya boleh dicapai dengan memastikan semua aset ICT dilindungi.
Menurut pendapat Freud ,teknologi bermakna ‘lanjutan organ asli  untuk mendapatkan perkara yang dilakukan’. “Teknologi adalah bukan sebuah objek ,ia selalu bermakna kepada sesuatu yang berakhir. “ (Rybczynski,1983:213). Peter Wahler dan Claus J. Tully menyatakan perbincangan tentang sikap belia kepada teknologi seolah-olah untuk mengesahkan pemerhatian yang dibuat semasa perbahasan hebat bagi belia di awal 1980-an dan juga benar untuk topik-topik lain. Sikap belia terhadap teknologi berdasarkan “special point of view”. penyebaran maklumat baru dan teknologi komunikasi serta kemusnahan sumber asli yang semakin meningkat yang pesat telah mengasahkan penyedaran awam tentang risiko kemajuan teknikal. Mengikut (rujuk Klages & Kmiecziak, 1981; Inglehart, 1989) "masa depan negara kita adalah berasaskan kepada belia dan teknologi. Pendapat ini menunjukkan teknologi sebagai pendorong utama untuk perubahan sosial dan prognoses pautan dan harapan untuk pemodenan masa depan serta-merta kepada kemajuan. Contohnya dari segi pemakaian dan percakapan  golongan belia. Dengan mengambil pendekatan ini sebagai titik permulaan, seseorang  boleh  melihat  justifikasi yang mendalam untuk konsep "penerimaan teknologi" yang sering digunakan dalam penyambungan, terutamanya dalam penyelidikan pendapat umum. Adalah fakta mengenai penerimaan pembangunan bahawa belia tidak mengambil inisiatif sendiri, yang tidak semestinya menjejaskan mereka  secara peribadi  dari  apa-apa  cara  langsung, tetapi milik dinamik kuasa ekonomi  dan  politik  perindustrian yang bercita-cita tinggi pada awal tahun 1990.  Namun  dapatlah  kita  melihat  Belia  banyak  menggunakan  teknologi dalam kehidupan  seharian  dari  setiap  sudut.
Peraturan  lama  untuk  memasang  peralatan  pencegahan  tidak  boleh  diharap  lagi.  Tidak  beberapa  lama  dahulu  pemasangan  'up to date anti-virus and firewall  software'  bersamaan  dengan  'effective policies of attachments and passwords' adalah  pertahanan  cukup  kebal  daripada  ancaman  siber.  Pada  hari  ini, ancaman  bersepadu  tidak  lagi  memerlukan  campur  tangan  manusia  untuk melancar  dan  membuka ruang  untuk  melakukan pencerobohan  berbentuk  lama  dan baru.  Dalam  mewujudkan  undang-undang  dan  peraturan,  Malaysia  tidak  jauh berbeza  berbanding  dengan  Negara  maju.  Di antara  undang-undang  yang  telah dikuatkuasakan  ialah  Akta  Rahsia  Rasmi  1972,  Akta  Jenayah  Komputer  1997, Akta Tandatangan  Digital 1997,  Akta  Teleperubatan 1997,  Akta  Komunikasi  dan Multimedia 1998  dan  Peraturan  Tandatangan  Digital  1998.  Beberapa undang-undang  baru  juga  sedang  digubal  oleh  kerajaan  untuk  memperkukuhkan  lagi pelaksanaan  undang-undang  siber  seperti  'Personal Data Privacy Act'  dan 'Government  Transaction  Activities  Bill'.  Ini  menunjukkan  Negara  tidak  kurang undang-undang  yang  selari  dengan  pembangunan  teknologi.  Peraturan  untuk mengendalikan  kebangkitan  teknologi  baru  adalah  mencukupi,  terkehadapan  dan mematuhi  piawaian  dan  kehendak  antarabangsa  yang  terbaik.
Perubahan  teknologi  baru  telah  menggerakkan  perubahan  dari  segi  aktiviti jenayah.  Jenayah  boleh  dilakukan  dengan  begitu  cepat,  tidak  mudah  lagi  bagi pengendali  jenayah  mengumpul  maklumat  dan  mengemukakannya  ke  mahkamah untuk  pendakwaan.  Oleh  itu  para  hakim,  pendakwa,  peguam  dan  PKJ  memerlukan pengetahuan  yang  mendalam  tentang  undang-undang  berasaskan  internet  atau pengetahuan  teknikal  untuk  mengesan  dan  mendakwa  penjenayah  komputer dengan  pantas.   Mengikut  banci  keselamatan  ICT yang  dijalankan  di Malaysia oleh pihak  NISER pada  tahun 2000/2001 mendapati  lebih  daripada  ¾  organisasi  yang dibanci  tahu  akan  kewujudan  Undang-Undang  Siber  Malaysia.  Sebaliknya  majoriti 95%  organisasi  tersebut  tidak  memahami  dengan  sepenuhnya  dan  ini  meragukan kemampuan  keberkesanan  mereka  menjalankan  tanggungjawab.   Ketua Jabatan adalah  bertanggungjawab  sepenuhnya  mengenai  keselamatan  dalam  Jabatannya. Tanggungjawab  untuk  melaksanakan  segala  arahan-arahan  keselamatan  ialah Pegawai  Keselamatan  Jabatan  yang  terdiri  daripada  Timbalan  Ketua  Jabatan  yang menjalankan  kerja-kerja  pentadbiran  dengan  mendapat  nasihat  daripada  Pegawai Keselamatan  Kerajaan.
Kesimpulannya,  kerajaan  harus mengawal penggunaan  teknologi oleh golongan belia melalui kaedah undang-undang atau akta yang bersesuai demi memastikan  masa  depan negara dan belia  yang teratur  dan  selamat.


Ahad, 27 November 2011

0 17.0 Penglibatan Belia Dalam Politik Di Malaysia

Dalam artikel “Konvensyen Belia: Penglibatan golongan muda dalam politik baru” yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor mengatakan, golongan muda atau belia merupakan tunjang penting yang dapat menyumbang situasi politik di negara ini. Arus perubahan yang berlaku sejak era reformasi pada September 1998 telah banyak membuka minda golongan muda untuk merubah hala tuju politik yang lebih segar dengan berlandaskan prinsip keadilan, hak asasi dan demokrasi yang lebih matang merentasi politik lama yang penuh dengan korupsi, keganasan, penindasan, dan tekanan. Golongan muda ketika itu mula sedar bahawa gelombang baru ini yang berpaksikan prinsip-prinsip keadilan dan kebenaran mampu membawa satu perubahan kepada generasi akan datang.
  
Menurut artikel ini, penglibatan belia dalam politik di Malaysia amat diperlukan. Di mana ia akan meningkatkan kesedaran belia dan lebih mengambil berat dalam kegiatan yang berlaku di Malaysia. Secara ini, belia boleh menyumbangkan idea dan kretiviti mereka secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk menunjuk atau melatih dari segi kemahiran pemimpin. Belia juga merupakan pemimipin pada masa depan kepada negara kita, dengan melibatkan diri dalam politik pada peringkat awal boleh  membantu mereka reaksi pada sesuatu perkara dengan cepat dan berkesan.  

Akan tetapi, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 4.39  juta atau 28 peratus rakyat negara kita yang berkelayakan masih belum mendaftar sebagai pengundi dan majoritinya adalah terdiri dari golongan muda. Kebanyakan golongan muda tidak mengambil berat dalam politik, mereka berasa ia tidak berkaitan dengan kehidupan mereka, tidak perlu diambil tahu langsung. Hal ini mungkin disebabkan oleh mitos atau ideologi yang disebarkan oleh orang tua mengatakan politik agak berbahaya dan  jangan melibat diri dalam politik.

Kami di Generasi Y sebagai belia juga berpendapat, belia perlu diberi ruang dalam bidang penting sama ada ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya terutama dalam dunia teknologi maklumat yang meledak ini kerana idea belia yang bernas diperlukan dalam membuat sebarang keputusan yang berkaitan. Sumbangan idea dan pendapat mereka(belia) yang diambil kira oleh pihak kerajaan menyebabkan mereka lebih rasa dihargai dan mampu menyumbang sesuatu kepada pembangunan negara. Belia boleh memainkan peranan besar dalam negara jika diberi ruang dan peluang yang berpandukan kepada satu garis panduan yang telah ditetapkan agar hala tuju mereka lebih terarah dengan matlamat negara.

Dalam bidang politik, kami berpendapat pendekatan yang bersesuaian dengan jiwa golongan belia harus diambil seperti penggunaan teknologi moden bagi meraih sokongan belia menyertainya. Hal ini adalah kerana belia yang seimbang dari segi semangat kenegaraan, semangat kekitaan dan mempunyai tahap intelektual yang tinggi menjadi matlamat utama namun jika pendekatan yang digunakan tidak bersesuaian dengan golongan ini, mereka akan lebih menjurus kepada satu-satu bidang seperti hiburan dan sukan sahaja.

Kami di Generasi Y berpendapat juga, perubahan dalam pucuk pimpinan juga perlu agar pendekatan yang diambil untuk mendekati golongan belia mengalami perubahan yang dikehendaki golongan berkenaan. Golongan pemimpin juga harus mengenal pasti cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh golongan belia agar dapat membantu mereka daripada terjebak dalam masalah sosial semasa.

Menurut Prof Madya Mohamad Md Yusoff (Pusat Pengajian Komunikasi, USM Pulau Pinang), Kerajaan BN sebagai pemerintah sudah sepatutnya merancakkan prose tarbiyah politik dalam konteks sosialisasipolitik dengan bukan hanya pengajaran kursus sivik,bahkan mengasah dan mengasuh belia bagaimana berfikir. Tambah beliau lagi, pemikiran kritis mengambil kira bagaimana (kaedah berfikir) bukan apa hendak difikirkan dan sekali gus, pengalaman lebih diutamakan sebagai proses pembelajaran bukan sebaliknya. Hal ini adalah kerana kajian memperlihatkan generasi muda banyak memperoleh pengetahuan politik daripada sekolah berbanding pengalaman luar.

Nilai kewarganegaraan yang baik bermula dan dipupuk di sekolah, dalam keluarga dan kalangan rakan sebaya. Begitu juga, rakan sebaya menerusi kelab belia dan persatuan sosial, keagamaan dan lain mampu membina modal insan dan tarbiyah politik jika program proaktif disemarakkan dengan konsisten.
Bagaimanapun, jika agensi kerajaan bertanggungjawab gagal melaksanakan peranan mematangkan politik dalam bentuk tarbiyah politik dan pemupukan nilai, kepercayaan, perilaku politik sesuai dengan cabaran Wawasan 2020, kestabilan politik akan terjejas.

Justeru, golongan sasaran khususnya belia dari semua kaum mesti diperkasakan budaya politik mereka dengan kempen sosialisasi politik berkesan sambil menjadi warga negara patriotik lagi menghayati cabaran Wawasan 2020, sekali gus memaparkan nilai warga negara yang toleran, matang dan demokratik bahkan lebih mementingkan negara bukan sebaliknya.



  



Rabu, 23 November 2011

0 16.0 Kekangan Dalam Penggunaan Teknologi

Tahukah anda kekangan-kekangan  semasa belia menggunakan teknologi ? ?


          Penggunaan teknologi dalam kalangan belia sudah menjadi sesuatu perkara yang biasa dalam kehidupan sekarang yang dikatakan serba canggih. Melihat dalam konteks kehidupan golongan belia sekarang penggunaan teknologi ini seakan-akan sudah menjadi sesuatu normal kehidupan mereka yang mana telah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan mereka. Menurut Ithiel De Sola Pool teknologi komunikasi susah untuk diukur dab dikawal. Akibat dari penguasaan mereka dalam menggunakan teknologi ini, kehidupan mereka telah menjadi lebih maju dan moden yang berubah-ubah mengikut perkembangan teknologi yang berlaku. Namun demikian, bukan semua yang dapat mengunakan kemudahan teknologi yang wujud sekarang. Pelbagai kekangan yang telah dikenalpasti yang menjadi punca-punca dalam penggunaan teknologi. 
    
        Melihat pada konteks dimana perkara yang menjadi punca-punca kekangan dalam penggunaan teknologi ialah dapat dikenalpasti yang dapat dibahagikan  kepada beberapa aspek. Antara aspek yang telah dikenalpasti yang menjadi punca kekangan dalam penggunaan teknologi sekarang ialah faktor kos penggunaan teknologi yang melibatkan kos yang mahal. Sesetengah teknologi melibatkan kos yang agak mahal untuk menggunakannya. Hal ini akan menyukarkan bagi sesetengah golongan yang datang dari latar belakang yang miskin. Mereka ini akan pasti tidak akan mendapat peluang untuk menggunakan kemudahan teknologi seperti mereka yang datang dari latar belakang yang berkemampuan. Hal demikian kerana, faktor kewangan mereka yang tidak cukup dan terhad akan menyebabkan mereka ini cenderung untuk menggunakan wang mereka untuk menggunakan kemudahan teknologi ini. Mereka ini akan lebih cenderung untuk menggunakan kewangan yang mereka ada untuk perkara yang lebih penting bagi mereka seperti keperluan asas kehidupan mereka.


      Seterusnya perkara yang telah dikenalpasti yang menjadi faktor-faktor sebagai kekangan dalam penggunaan teknologi ialah faktor budaya. Sesetengah budaya menolak kewujudan perkembangan teknologi yang berlaku dalam era moden sekarang ini. Hal ini demikian kerana sesetengah budaya yang menolak kewujudan teknologi ini adalah kerana mereka takut kewujudan teknologi ini akan dapat mengubah dan menghilangkan budaya mereka. perkara ini berlaku kerana mereka ingin mengekalkan bentuk budaya mereka supaya tidak terhapus akibat perubahan bentuk atau corak kehidupan. Mereka ini bimbang sekiranya penggunaan teknologi yang berlaku dalam kehidupan mereka akan menyebabkan kehidupan mereka menjadi moden sehingga meninggalkan budaya lama mereka. Namun begitu, pandangan berkecuali mengatakan bahawa baik buruk penggunaan sesuatu teknologi itu adalah bergantung kepada cara penggunaannya. Jika ia digunakan kea rah kebaikan maka pengguna akan mendapat kebaikan, dan jika ia digunakan ke arah keburukan maka pengguna akan memperoleh keburukan.


       Faktor-faktor yang seterusnya yang menjadi kekangan dalam penggunaan teknologi ialah dapat dilihat dari segi perspektif seseorang terhadap teknologi yang wujud. Sesetengah masyarakat mempunyai perspektif yang berbeza-beza mengikut pandangan terhadap kewujudan teknologi. Hal demikian kerana sesetengah masyarakat melihat teknologi yang wujud ini alah sesuatu yang baik dan sesetengah masyarakat juga melihat teknologi ini sesuatu yang negative. Bagi mereka yang mempunyai perpsektif terhadap teknologi ini sebagai sesuatu yang negative akan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk menolak teknologi dalam seharian mereka. Daripada penolakan mereka terhadap teknologi yang wujud ini seterusnya akan mewujudkan satu golongan masyarakat yang anti-teknologi. Anti-teknologi ini akan melihat teknologi dalam konteks yang negative iaitu mereka menganggap teknologi ini merupakan sesuatu yang tidak memberikan sebarang kepentingan atau manfaat kepada mereka. Hal demikian kerana, melalui perspektif mereka ini, mereka akan menganggap mengunakan teknologi adalah membuang masa. Mereka ini lebih cenderung untuk tidak memanfaatkan teknologi yang wujud. Selain itu juga, mereka ini akan lebih cenderung melihat penggunaan teknologi ini akan memberikan kesan yang negative kepada mereka. Sebagai contohnya penggunaan computer dalam kehidupan seharian akan menyebabkan kehidupan seseorang akan terpisah dari kehidupan persekitaran mereka. Hal ini demikian kerana mereka yang anti-teknologi ini akan mengaanggap seseorang yang gemar menggunakan komputer akan lebih cenderung untuk menghabiskan masa mereka dengan bermain komputer akan menyebabkan mereka ini akan kurang menghabiskan masa dengan perkara yang berfaedah seperti bersenam dan seterusnya mereka akan lebih gemar menyendiri daripada bergaul dengan orang ramai.
       Seterusnya, faktor yang dapat dilihat yang boleh dijadikan sebagai kekangan dalam penggunaan teknologi ialah faktor lokasi. Hal ini dapat dilihat bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang agak terpisah dari perkembangan teknologi. Mereka yang tinggal di pedalaman akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak akan dapat mengetahui sebarang perkembangan teknologi yang berlaku. Masalah pendalaman ini juga boleh diandaikan keadaannya seperti Negara dunia ketiga yang sentiasa menyerap teknologi di Negara maju. Keadaan ini menyebabkan Negara dunia ketiga sering ditindas oleh Negara maju.

Ahad, 20 November 2011

0 15.0 Teknologi, Belia Dan Fesyen

Adakah Teknologi Mempengaruhi Fesyen Pemakaian Belia Masa Kini ? ?


Belia terbahagi kepada 2 peringkat umur, iaitu antara 15-25 yang dikenali sebagai remaja dan 26-45yang dikenali sebagai dewasa. Didapati bahawa remaja lebih cekap dalam menggunakan teknologi berbanding dengan dewasa. Remaja pada masa kini dikatakan lebih bersifat optimis, di mana mereka menerima apa sahaja yang ditawarkan oleh teknologi. Hal ini kerana bagi mereka, teknologi merupakan satu medium yang mempercepatkan segala urusan mereka. Oleh kerana terlalu taksub dengan tawaran teknologi, ada antara mereka yang mengekploitasikan kemudahan yang diberikan oleh teknologi. Maka, akan timbul isu-isu yang tidak seharusnya berlaku.

Walaubagaimanapun, terdapat juga belia yang bersifat pesimis dimana mereka tidak dapat menerima sepenuhnya teknologi yang sedia ada sekarang. Golongan pesimis ini selalunya terdiri dari golongan peringkat dewasa. Golongan peringkat dewasa tidak dapat menerima dengan sepenuhnya teknologi yang wujud kini. Ada yang mengatakan teknologi kini menyusahkan mereka. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari bagi membolehkan mereka mendapatkan segala kemudahan yang ditawarkan oleh teknologi. Kesannya, mereka tidak tahu atau tidak mahu menggunakan teknologi yang sedia ada sekarang. Ada sesetengah di antara mereka yang menganggap teknologi sebagai satu gajet yang perlu ada sebagai pelengkap untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan zaman sekarang. Bagi mereka, mempunyai komputer dan telefon bimbit yang canggih adalah satu kemestian.

Obsesi belia terhadap teknologi juga kadangkala membuatkan manusia menganggap teknologi sebagai satu keperluan lalu menjuruskan mereka ke arah kehidupan yang tidak dapat dipisahkan dari teknologi. Samalah juga halnya dengan obsesi belia terhadap fesyen masa kini. Dapat dilihat perkembangan fesyen berlaku sejajar dengan perkembangan teknologi. Boleh disimpulkan bahawa teknologi dapat memberi pengaruh terhadap fesyen pemakaian belia masa kini. Misalnya,golongan belia ataupun remaja masa kini gemar mengikuti dan meniru fesyen-fesyen terkini dari dunia luar. Mereka boleh memperoleh maklumat-maklumat terkini mengenai fesyen hanya dengan menggunakan komputer mahupun telefon bimbit yang mempunyai kemudahan internet.




* FESYEN DAN MEDIA *


Kritikan ataupun sebarang komen mengenai fesyen boleh kita temui dalam majalah, melalui televisyen, di website-website mahupun blog yang berkaitan. Bermula pada abad ke-20, majalah-majalah fesyen mula menggunakan dan memasukkan gambar-gambar berkaitan dengan fesyen bagi menarik lagi minat orang ramai dalam mengikuti perkembangan fesyen. 

*PERUBAHAN FESYEN*

Fesyen juga mengalami perubahan berpunca daripada beberapa faktor antaranya disebabkan oleh budaya belia, revolusi seksual, ataupun 'style leadership'.















Kesimpulannya, teknologi memainkan peranan penting dalam perkembangan fesyen belia masa kini. Terdapat pelbagai perubahan besar dapat dilihat berlaku dalam bidang ini sejajar dengan perkembangan dalam bidang teknologi. Belia-belia juga lebih berpengetahuan dan maju dalam setiap perkembangan dan perubahan yang berlaku. Sekurang-kurangnya belia kita tidak akan digelar 'seperti katak dibawah tempurung' dengan adanya teknologi.