Apakah kaitan antara belia dan teknologi ? ?
Kini di "Blog Y Generation" kita akan ketahui jawapannya . . .
Tidak dinafikan bahawa perkembangan teknologi banyak membawa pembaharuan dan kesan positif dan negatif kepada masyarakat. perkembangan teknologi yang dimaksudkan tidak hanya melibatkan aktiviti masyarakat dalam menjalankan kehidupan mereka tetapi ia telah menjadi salah satu fenomena yang mewujudkan hubungan yang sangat rapat diantara teknologi dan belia sehingga ada diantara belia-belia kini yang tidak boleh bergerak tanpa gadget atau pun teknologi (ICT) ini.
Kepekaan belia masa kini terhadap perkembangan teknologi bagi belia luar bandar dilihat pula dengan adanya perkhidmatan internet di pusat terpilih seperti perpustakaan dan siber kafe boleh dimanfaatkan sepenuhnya bagi mendapatkan pelbagai maklumat baru berhubung perkembangan semasa yang berlaku dalam negara. Masyarakat orang asli juga terdedah dengan perkembangan positif teknologi internet.
Begitu juga dengan Allfin Toffler menyatakan bahawa ini merupakan gelombang ketiga peradaban manusia. Contohnya, belia kini mendapat pendedahan di sekolah mengenai ICT ditambah pula dengan kewujudan Sekolah Bestari telah membuktikan bahawa penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat memberansangkan dan telah memberi impak yang positif dalam mencapai wawasan 2020. Justeru itu mendorong belia masa kini terlibat ke dunia ICT. Selain itu mengikut salah satu teori kemasyarakatan iaitu FUNGSIONALISME media berfungsi dalam pengembangan masyarakat mengapa? Kerana menurut teori media selaku teknologi adalah salah satu system yang wujud dalam masyarakat.
Harold Lasswell (1948) menyatakan “whom says what?in what channel?to whom?with what effect” meringkaskan fungsi dasar komunikasi adalah:pengawasan linkungan, pertalian kolerasi dalam masyarakat dan memberi respon terhadap linkungannya,transmisi warisan budaya. Dan teori ini boleh diadaptasikan dalam gelombang dikalangan belia zaman kini, kerana apa, kerana salah satunya adalah fungsi pengawasan sosial merujuk kepada upaya penyebaran informasi dan interpretasi yang objektif mengenai berbagai peristiwa yang terjadi di dalam dan di luar lingkungan sosial dengan tujuan mengawal sosial agar tidak terjadi sesuatu yang tidak di inginkan.

Kewujudan Information Technology and Communication (ICT) telah menjadikan masyarakat pada masa kini hidup dalam era globalisasi. Kebergantungan masyarakat terhadap penggunaan sains dan teknologi dalam apa jua aspek kehidupan serta penggunaan unsur-unsur kreatif sangat penting di dalam kehidupan seharian. Menurut Marshall Mcluhan, masyarakat kini adalah digelar masyarakat zaman Elektronik. Hal yang demikian kerana kewujudan satelit dan internet yang menjadi nadi utama khususnya golongan belia. Golongan belia lebih terdedah dengan ICT ini kerana mereka lahir pada zaman elektronik ini ( Marshall Mcluhan).
Begitu juga dengan Allfin Toffler menyatakan bahawa ini merupakan gelombang ketiga peradaban manusia. Contohnya, belia kini mendapat pendedahan di sekolah mengenai ICT ditambah pula dengan kewujudan Sekolah Bestari telah membuktikan bahawa penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi adalah sangat memberansangkan dan telah memberi impak yang positif dalam mencapai wawasan 2020. Justeru itu mendorong belia masa kini terlibat ke dunia ICT. Selain itu mengikut salah satu teori kemasyarakatan iaitu FUNGSIONALISME media berfungsi dalam pengembangan masyarakat mengapa? Kerana menurut teori media selaku teknologi adalah salah satu system yang wujud dalam masyarakat.
Harold Lasswell (1948) menyatakan “whom says what?in what channel?to whom?with what effect” meringkaskan fungsi dasar komunikasi adalah:pengawasan linkungan, pertalian kolerasi dalam masyarakat dan memberi respon terhadap linkungannya,transmisi warisan budaya. Dan teori ini boleh diadaptasikan dalam gelombang dikalangan belia zaman kini, kerana apa, kerana salah satunya adalah fungsi pengawasan sosial merujuk kepada upaya penyebaran informasi dan interpretasi yang objektif mengenai berbagai peristiwa yang terjadi di dalam dan di luar lingkungan sosial dengan tujuan mengawal sosial agar tidak terjadi sesuatu yang tidak di inginkan.

Penerimaan belia terutama pelajar IPT terhadap perkembangan dan pengaruh ICT dalam kehidupan seharian perlu bermula dengan keyakinan diri dan sikap yang positif. Ini termasuklah minat mereka di dalam ICT, pendirian mereka mengenai sejauh mana ICT dapat mengubah atau membantu mereka dalam aktiviti harian dan sebagainya. Kini, kepekaan ICT di kalangan belia adalah sangat memberansangkan disebabkan kebanyakan belia menggunakan ICT sebagai medium dalam menyalurkan maklumat. Dengan ini tahap penguasaaan terhadap ICT di kalangan belia semakin berkembang dari semasa ke semasa berbanding beberapa dekad yang lalu. Kepelbagaian teknologi bukan sahaja membantu ke arah mempermudahkan kehidupan seharian malah mendorong kepada kemudahan pengaksesan global.
Tahap kepekaan tenologi dan belia ini dapat dilihat daripada tahap penggunaan ICT bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat tetapi juga bertujuan berkomunikasi. Jika dahulu, kemudahan talian tetap menjadi pilihan mutlak kebanyakkan belia tetapi arus pemodenan kini seiring dengan tuntutan semasa memerlukan kita dan saling berkait rapat untuk menguasai kemahiran menggunakan teknologi dalam membantu kehidupan seharian. Selain memudahkan kehidupan seharian, penggunaan ICT juga digunakan untuk berkomunikasi dan bersosial. Ini dapat dilihat dengan jelas, terdapat banyak laman sosial yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan ini semakin popular dan menjadi medium berkomunikasi dan sosial di kalangan belia kini. Antara laman sosial yang popular pada masa kini ialah Facebook, Twitter, Tagged dan sebagainya. Laman sosial ini juga telah menjadi satu gaya hidup di kalangan belia kini.
Terdapat juga golongan belia yang menggunakan laman sosial ini untuk menjual barangan atau produk. Ini telah menjadikan laman sosial ini juga medium untuk mendapat pendapatan dan wujudlah usahawan-usahawan muda di kalangan belia masa kini.Seterusnya laman-laman sesawang lain seperti Blogspot, youtube dan sebagainya untuk mempromosikan produk, malahan dengan penggunaan ICT ini juga dapat menjimatkan kos pengiklanan kerana dengan ICT, pengiklanan adalah percuma dan untuk membuat laman web, blog dan sebagainya tidak melibatkan kos. Hanya perlu ada ialah Internet sahaja, maka perniagaan dapat berjalan 7 hari seminggu. Kemudahan ICT ini banyak memberi manfaat kepada belia dalam menceburkan diri ke dalam dunia perniagaan atau lebih dikenali sebagai E-dagang ini.

Kepekaan belia dengan teknologi menjana kemahiran kreativiti para belia ini mekenunjukkan penguasaan belia terhadap teknologi khususnya ICT adalah tinggi. Ini akan membuka peluang kepada belia yang lain untuk mencuba dalam bidang ini dalam mempertingkatkan kebolehan dan kemahiran mereka supaya dapat menjadi belia yang dapat berjasa dan kritis kepada agama, bangsa dan negara. Menyedari hakikat di atas, jelaslah bahawa belia di Malaysia sememangnya sangat memerlukan teknologi dan ia tidak dapat disangkal lagi kerana dapat dikuasai dengan begitu baik dan yakin akan penggunaannya sebagai alat komunikasi dan saluran ilmu pengetahuan yang membawa kepada pembaharuan tamadun ilmu.
Kerbergantungan teknologi ICT juga dapat membantu para belia dalam memajukan diri mereka, tidak kira samada mereka masih di IPT mahupun yang sudah bekerja, ia sememangnya dapat menyenangkan para belia dalam melakukan aktiviti seharian dan meningkatkan kualiti hidup mereka. Hal ini kerana penggunaan teknologi bukan sahaja terbatas di bandar-bandar besar tetapi juga dikawasan luar bandar. Y Generation berharap dengan keberkesanan maklumat ini dapat menarik golongan belia untuk memperkasakan teknologi ICT.
0 comments:
Catat Ulasan