Rabu, 16 November 2011

0 13.0 Teknologi Pertanian Dan Belia

Sejauhmanakah teknologi pertanian meningkatkan kualiti hidup belia ? ?

“ Perubahan teknologi meletakkan komunikasi di barisan hadapan revolusi sosial ”
(William Paisley, 1985)

Sains dan Teknologi merupakan wacana ke arah pembentukan sebuah Negara yang berkembang maju. Malaysia sebagai sebuah Negara yang kian berkembang maju turut berhasrat untuk membentuk suatu masyarakat yang berupaya menguasai sains dan teknologi. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan telah merancang strategi untuk meningkatkan prestasi sektor pertanian dalam Negara dari segi produktiviti pengeluaran dan penemuan kegunaan baru tumbuh-tumbuhan Negara. Revolusi sektor pertanian ini dilakukan dengan menerapkan sains dan teknologi melalui penyelidikan bioteknologi, nanoteknologi dan penerapan ICT.

Menurut Rogers (1983), teknologi adalah satu corak untuk satu-satu tindakan yang bertujuan mengurangkan ketidakpastian dalam hubungan sebab dan akibat dalam usaha mencapai matlamat yang diingini. Pertanian boleh ditakrifkan sebagai kegiatan yang melibatkan pemanfaatan makhluk hidup dalam usaha penternakan, penanaman, perikanan dan industri hiliran atau kegiatan pemanfaatan sebidang tanah untuk tanaman tertentu. Teknologi pertanian pula ialah penerapan prinsip-prinsip matematika dan ilmu pengetahuan alam dalam rangka pendayagunaan secara ekonomis sumberdaya pertanian dan sumberdaya alam untuk kesejahteraan manusia.

                           Penerapan teknologi pertanian dalam penanaman kentang

Falsafahnya teknologi pertanian merupakan praktik-empirik yang bersifat pragmatik finalistik, dilandasi paham mekanistik-vitalistik dengan penekanan pada objek formal kerekayasaan dalam pembuatan dan penerapan peralatan, bangunan,lingkungan, sistem produksi serta pengolahan dan pengamanan hasil produksi. Objek formal dalam ilmu pertanian budidaya reproduksi berada dalam fokus budidaya, pemeliharaan, pemungutan hasil dari flora dan fauna, peningkatan mutu hasil panen yang diperoleh, penanganan, pengolahan dan pengamanan serta pemasaran hasil. Oleh sebab itu, secara luas cakupan teknologi pertanian meliputi berbagai penerapan ilmu teknik pada cakupan objek formal dari budidaya sampai pemasaran.


Menurut pandangan Optimis iaitu Mcluhan, Alvin Toffler dan David Lyan, golongan ini mempunyai pandangan dominan terhadap teknologi. Teknologi membawa kepada pelbagai faedah dan menjanjikan dunia lebih maju dan sempurna. Teknologi dalam industri pertanian akan mengalami perubahan dalam penggunaan mesin-mesin yang membantu meningkatkan taraf hidup belia pada masa kini. Segala kerja-kerja dalam industri pertanian dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan lebih efisyen lagi. Selain itu, membantu belia mahir dalam penggunaan teknologi. Dengan adanya teknologi pertanian moden seperti bioteknologi dalam penghasilan baka-baka yang baik dan hidrofonik dalam mengintesifkan proses pengeluaran dapat meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian sejajar dengan wawasan pertanian Negara.



Menurut pandangan pesimis adalah sebaliknya, dengan perkembangan teknologi dalam bidang pertanian telah menyebabkan belia dan pekerja kini telah diambil alih oleh teknologi, jentera dan tenaga mesin. Dengan ini menyebabkan pengangguran di kalangan belia. Belia yang mempunyai kemahiran terhad sukar mencari pekerjaan. Ini kerana penglibatan belia dalam bidang pertanian adalah kurang berbanding bidang-bidang lain. Teknologi juga akan membawa kepada kesan buruk dimana belia akan menyalahgunakan teknologi untuk tujuan yang tidak berfaedah serta memberi kesan yang negatif kepada Negara dan masyarakat.


Sejauhmanakah Kepakaran Belia Dalam Teknologi Pertanian Dapat Menyelamatkan Manusia Daripada Kebuluran Dan Kekurangan Makanan ?

100 000 hingga 150 000 orang mati kebuluran setiap hari dan daripada angka ini 40 000 orang adalah kanak-kanak. Kepakaran manusia iaitu dalam konteks belia dalam teknologi pertanian adalah usaha terbaik untuk menyelamatkan manusia daripada bencana kebuluran dan kekurangan makanan. Jika dipandang secara terperinci, memang tidak dinafikan bahawa kepakaran belia dalam bidang pertanian memberikan bantuan yang amat besar kepada manusia yang kebuluran dan menghadapi kekurangan makanan seperti di negara Ethiopia, Sudan, Somalia, dan negara-negara yang berdekatan dengan Gurun Sahara.

Seorang ahli politik pernah mengatakan bahawa jasa seorang pakar teknologi pertanian untuk menghasilkan dua kali ganda lebih makanan atau hasil di atas sebidang tanah yang dahulunya kering kontang adalah lebih daripada jasa semua ahli politik dalam negara itu. Pernyataan beliau memang mengandungi kebenaran terutama sekali sekiranya seorang pakar teknologi pertanian berjaya menghasilkan baka tanaman yang boleh hidup dalam alam sekitar gurun. Berhadapan dengan cuaca yang kering dan keadaan tanah yang tidak subur, kejayaan penghasilan makanan di kawasan ini sudah pasti dapat mengurangkan masalah kebuluran dan kekurangan makanan dalam kalangan penduduk negara-negara yang menghadapi masalah tersebut. Kawasan-kawasan yang dahulunya tidak dapat bercucuk tanam kini boleh ditanami tanaman berkhasiat atau kawasan yang dahulunya mungkin tidak memberi produktiviti yang tinggi sekarang dapat melipatgandakan pengeluarannya. Semua ini menjadi kenyataan dengan penemuan baka-baka yang berkualiti dan bersesuaian dengan alam sekitar. Contohnya, dalam penanaman gandum, baka yang lebih tahan kepada alam sekitar dan matang dengan cepat atau kaedah tanaman yang lain boleh dicuba dan dipraktikkan seperti pertanian hidroponik.

Keratan Berita Di Akhbar Tempatan

Belia digesa majukan pertanian





SYED Hamid Albar dan isteri, Puan Sri Syarifah Aziah Syed Zainal Abidin melepaskan benih ikan air tawar di Kampung Sentosa, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 9 Dis. - Generasi muda digesa aktif menceburi sektor pertanian bagi menjayakan pembangunan pertanian negara secara mapan dan berkesan.
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, langkah proaktif perlu diambil bagi menggalakkan generasi muda menceburi bidang berkenaan yang menjanjikan pulangan lumayan kepada petani dan usahawan yang gigih berusaha.
"Dengan menggalakkan penglibatan secara langsung generasi muda dalam sektor ini, kita yakin ia mampu menyumbang ke arah menjana pertumbuhan ekonomi," katanya semasa melawat Projek Agrotourism Gerakan Daya Wawasan dan Peladang Unit Kampung Sentosa, di sini baru-baru ini.
Projek itu diusahakan oleh dua anak tempatan iaitu Fadil Mohd. Sabelas dan Sulaiman Yassin di atas tapak bekas lombong pasir menempatkan kolam ikan patin, keli, baung, tilapia dan ternakan termasuk lembu, kambing dan itik.
Turut hadir Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kota Tinggi Timur, Norzaini Muhammad Zain, beberapa pemimpin setempat serta mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.
Syed Hamid turut meminta masyarakat memaksimumkan pengunaan tanah pertanian dengan melaksanakan sistem integrasi dengan mempelbagaikan aktiviti ladang seperti lembu, kambing, itik dan kolam ikan.
Beliau berkata, Gerakan Daya Wawasan merupakan penambahbaikan kepada program sebelum ini yang dikenal sebagai Gerakan Desa Wawasan dengan diberi nafas baru bagi mengubah pemikiran warga desa secara lebih berkesan untuk mencapai Wawasan 2020.
"Ia adalah satu usaha yang digembleng dengan memberi tumpuan khususnya ke arah pembangunan sesebuah kampung atau desa dengan matlamat menjadikannya maju, menarik dan menguntungkan," katanya.

Menjadi usahawan tani





Institut Pertanian Sabah di Timbang Menggaris, Kota Belud.


KOTA KINABALU 26 Ogos – Daripada hanya seorang anak petani biasa, Majiah Mulak, 23, sudah boleh berbangga kerana dia kini selangkah untuk bergelar usahawan dalam sektor pertanian.
Sebaik menamatkan kursus dan latihan di Institut Pertanian Sabah (IPS), Timbang Menggaris, Kota Belud, beliawanis dari daerah Pitas itu merancang mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit di kawasan tanah milik keluarganya di Kampung Timboi Dagang, Kanibongan dalam daerah Pitas.
Katanya, tanaman getah dan kelapa sawit merupakan tanaman pertanian hiliran yang sangat sesuai diusahakan apatah lagi dia sendiri mempunyai latar belakang keluarga petani sejak turun-temurun.
Jelas pemenang Anugerah Pelajar Cemerlang IPS sesi 2008/2009 itu lagi, perancangan tersebut bukan sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana dia memiliki kemahiran asas pertanian merangkumi kejuruteraan pertanian, pengurusan tanaman, asas sains makanan, pengurusan ternakan dan komputer.
‘‘Saya mahu mengaplikasi semua ilmu dan kemahiran yang saya pelajari selama lebih setahun di IPS. Lagipun, sektor pertanian bukan asing bagi saya.
‘‘Ibu bapa saya sehingga kini masih menoreh getah bagi menyara keluarga sejak sekian lama. Justeru, saya mahu terbabit sama membantu mereka memajukan ladang getah di kampung.




Projek penternakan lembu merupakan sebahagian kursus perladangan dan penternakan yang ditawarkan di Institut Pertanian Sabah.


‘‘Pada masa kini industri getah semakin meningkat kerana permintaan dunia yang banyak. Harga getah pula mencecah sehingga RM4.50 sekilogram bagi getah yang telah diasap,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada majlis konvokesyen IPS ke-37 di sini baru-baru ini.
Kecemerlangan Majiah sepanjang pengajian di IPS membolehkan dia dipilih Pelajar Terbaik Kemahiran, Akademik dan Keseluruhan sesi 2008/2009. Anak keenam daripada enam beradik ini mula mendapat pendidikan di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Kanibongan, Pitas dari 1993 sehingga 1998.
Majiah kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pitas dari 1999 sehingga 2005 dan menamatkan pelajaran dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Minat dan latar belakang keluarga petani membuatkan Majiah memilih IPS sebagai tempat menuntut ilmu dalam bidang pertanian dengan mengambil pengurusan estet sebagai subjek pengkhususannya.
Menurutnya, ketika di IPS, para pelajar didedahkan dengan penggunaan teknologi terkini dalam bidang pertanian terutama bagi subjek Kejuruteraan Pertanian, Perlindungan Tanaman dan Pengembangan Pertanian.
Institut berkenaan katanya, dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan pertanian seperti jentera pembajak ladang, lori pengangkut hasil ladang, jentera pemotong rumput, mesin-mesin tani dan kemudahan alatan pertanian lain.
Jelasnya, lebih banyak pendedahan praktikal berbanding teori kepada pelajar memberi kelebihan kepada IPS untuk melahirkan graduan pertanian negara ini, khususnya di Sabah.




Institut Pertanian Sabah mempraktikkan tanaman fertigasi dengan membuat rumah lindungan hujan bagi melindungi tanaman dan mengawal serangga perosak.


‘‘Contohnya, kami berpeluang menoreh getah, menuai hasil kelapa sawit dan menggunakan peralatan pertanian itu jentera pembajak ladang.
‘‘Kami juga diberi tunjuk ajar berkaitan sistem hidroponik dan fertigasi tanaman seperti tomato, cili, sayur pahit dan sayur bunga.
‘‘Latihan kerja ini dijalankan oleh para penuntut IPS sebagai salah satu projek amali kami,” ujarnya.
Majiah berkata, setakat ini keluasan ladang yang telah dimajukan oleh para pelajar di IPS iaitu kira-kira 230.93 hektar.
Katanya, tujuan mewujudkan ladang adalah untuk menyediakan kawasan latihan amali yang terkandung dalam subjek kemahiran dan pengkhususan yang meliputi bidang pengurusan tanaman, hortikultur, ternakan, kejuruteraan pertanian dan projek pengkhususan.
Selain itu, aktiviti-aktiviti ladang adalah merangkumi penanaman dan pengurusan tanaman, pengeluaran dan pemasaran hasil tanaman; pengeluaran dan pengurusan ternakan, memaju dan mengurus rumput-rumput pastura, mekanisasi ladang dan projek-projek pengkhususan bercorak komersial.
‘‘Saya sangat bertuah dapat menuntut ilmu di IPS. Saya berharap lebih ramai belia terutama anak-anak petani luar bandar di negeri ini merebut peluang menimba pengetahuan di IPS.
‘‘Pertanian merupakan satu aktiviti perniagaan yang menguntungkan jika diusahakan bersungguh-sungguh. Menceburi bidang pertanian bukan hanya mendatangkan kepuasan tetapi juga membantu mengurangkan kadar pengganguran di kalangan belia,” jelasnya.




0 comments:

Catat Ulasan