Tahukah anda kesan teknologi terhadap kehidupan belia ? ?
Belia dan teknologi merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan. Hal ini demikian kerana, kita berada dalam keadaan dunia tanpa sempadan. Semua perkara boleh dilakukan dengan hanya menggunakan teknologi. Oleh itu semua komuniti masyarakat terutamanya belia sentiasa melibatkan diri dalam pengunaan teknologi bagi memastikan mereka tidak ketinggalan.

Kesan positif penggunaan teknologi dalam kehidupan belia ialah dapat mengetahui maklumat terbaru tentang sesuatu perkara. Menurut Ithiel De Solo Pool, teknologi komunikasi telah mewujudkan situasi perlambakan informasi. Keadaan ini menyebabkan golongan belia boleh menfaatkan situasi ini bagi membangunkan diri mereka agar tidak terlepas dari sesuatu info. Menurut Ithiel lagi, produk teknologi komunikasi ini digunakan oleh setiap orang dengan tujuan yang berlainan. Belia yang berminat untuk berniaga boleh menggunakan teknologi untuk menjalankan perniagaan dalam talian dan sebagainya. Fenomena kini menyaksikan, perniagaan dalam talian tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Antara contoh perniagaan dalam talian ialah penjualan baju, buku, kraftangan dan sebagainya. Melalui penggunaan seperti ini, belia mampu untuk memastikan diri mereka sentiasa maju dengan penggunaan teknologi.

Jenayah siber yang mencatatkan peratusan paling tinggi di Malaysia adalah penyebaran virus. Isu jenayah siber ini sukar di kawal kerana belia sentiasa mengikuti kepesatan pembangunan teknologi dan semakin berani melakukan pelbagai jenayah siber. kemajuan teknologi yang lebih membawa kepada kemerosotan moral, budaya dan agama. Teori Marxism ada mengatakan semakin maju ekonomi sesuatu masyarakat semakin rendah budaya masyarakat itu. Pada pendapat saya teori ini ada kebenarannya. Hal ini demikian kerana, ekonomi di negara kita boleh dikatakan berada dalam kedudukan selesa, namun cuba kita perhatikan budaya masyarakat kita yang terlibat dengan masalah akibat penggunaan teknologi seperti jenayah siber. Menurut CyberSecuriti Malaysia kegiatan jenayah siber di negara ini telah melonjak 127 peratus tahun lepas iaitu 8090 kes berbanding 3564 kes pada tahun sebelumnya. Jumlah ini telah diakui oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lt. Kol(B) Husin Jazri.
Selain daripada teknologi yang melibatkan komputer dan internet, terdapat juga teknologi komunikasi yang sudahpun menjadi keperluan golongan belia iaitu telefon bimbit. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambang kemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telah berubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefon selular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefon bimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka akan terasa benar, bertapa sukarnya hidup tanpa peranti ranggi itu. Disebalik kecanggihan teknologi telefon bimbit juga, wujudnya penyalahgunaan dalam kalangan belia dan memberi impak yang negatif kepada belia pada masa kini.

Menurut pandangan Dr. Sarjit Singh Gill, seorang Ahli Antropologi Sosial dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Masyarakat perlu sedar teknologi komunikasi bertujuan mempermudah urusan dan untuk memperkayakan ilmu, serta menjadi medan pertukaran, pendapat dan idea. Akan tetapi, pengaruh budaya luar terutamanya dari barat telah merosakkan minda masyarakat kita yang selama ini terkenal dengan adab ketimuran dan penuh dengan sopan santun. Kita perlu ingat dalam mengejar arus globalisasi yang semakin pantas, dan untuk melengkapkan diri seiring dengan negara maju yang lain, kita tidak perlu menggadaikan maruah dan jati diri kita sebagai orang timur.

0 comments:
Catat Ulasan