Apa kaitan BELIA, TEKNOLOGI dan DUNIA TANPA SEMPADAN ?

Okaylah...dunia tanpa sempadan ni ialah dunia yang segala maklumat ada di hujung jari. Seperti yang kita tahu, teknologi sekarang semakin moden. Sekarang semua benda menggunakan akses internet. Dibawah ini ada sedikit penerangan tentang dunia tanpa sempadan :
Kepentingan teknologi dalam kehidupan manusia pada zaman moden ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun terutamanya kepada golongan belia. Keseluruhan hidup belia mempunyai kaitan dengan teknologi atas pelbagai sebab dan dalam pelbagai bentuk. Tanpa teknologi kehidupan manusia pada zaman moden akan dikelilingi dengan pelbagai kesulitan.
Kita bagi contoh yang mudah, iaitu belia dan perniagaan. Teknologi adalah faktor yang amat penting kepada sesebuah perniagaan. Semakin meluas teknologi digunakan dalam sesuatu perniagaan, maka semakin majulah perniagaan yang diusahakan tersebut. Contohnya, industri pembuatan yang mengeluarkan sesuatu komponen akan menggunakan sistem CAD (Computer-aided Design) atau CAM (Computer-aided Manufacturing) yang canggih untuk membuat sesuatu reka bentuk dengan lebih efektif dan efisien.
Dunia tanpa sempadan juga kita boleh kaitkan dengan globalisasi. Ramai sarjana yang memberikan definisi terhadap globalisasi ini. Secara kasarnya, globalisasi ialah proses penyebaran unsur-unsur baru khususnya berkaitan dengan informasi komunikasi secara internasional melalui media cetak dan media elektronik. Globalisasi sangat mempengaruhi kepada hampir semua aspek kehidupan secara sedar atau tidak sedar. Namun, terdapat segelintir mempraktikkannya dan sebahagiannya tidak kerana mungkin disebabkan faktor ekonomi dan sosial. Apabila kita bercerita tentang belia, mereka sangat sinonim dengan arus globalisasi ini. Respon mereka sangat positf kea rah globalisasi. Kita boleh lihat bagaimana belia menerimanya dalam perbincangan kita pada minggu-minggu yang lalu. Sebenarnya, belia adalah dijangka lebih merasakan kesan arus globalisasi kerana berada pada usia perdana.
Pengarah Institut Asia Eropah Universiti Malaya, Dato’ Prof Dr. Shaharil Talib telah menyerahkan kertas kerja yang ditulis oleh beliau sendiri dan Naib Canselor Universiti Malaya pada Seminar Belia Koperasi ICA Serantau 2004 di Shah Alam. Kertas kerja tersebut bertajuk Penglibatan Belia dalam Persekitaran yang Berubah-ubah. Kata beliau dalam seminar tersebut, kesan daripada dunia tanpa sempada telah menyebabkan keadaan tidak stabil dari segi ekonomi dan sosial. Ianya akan meningkatkan jurang sosial kerana golongan kaya akan menjadi semakin kaya dan golongan miskin menjadi lebih miskin. Justeru, golongan belia pada zaman sekarang haruslah tidak hanya menggunakan teknologi komunikasi dan memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa mengambil kira kesan pada masa akan datang.
AWAS REALITI DUNIA TANPA SEMPADAN
Dalam dunia yang serba global ini, kita seringkali didedahkan dengan falsafah yang kononnya pada masa kini, dengan pelbagai kemajuan teknologi dan telekomunikasi, dunia semakin mengecil dan tiada lagi sempadan antara manusia sejagat. Penyokong-penyokong falsafah ini, kebanyakkannnya dari Barat giat menyatakan kononnya tiada lagi batasan sempadan di antara manusia sejagat dan kita sebenarnya tinggal di dalam sebuah perkampungan global atau a global village. Dalam perkampungan global ini tentunya hak masyarakat 'sekampung' itu sama, peluang-peluang ekonominya sama dan kebebasan yang bakal dikecapi oleh penduduknya juga turut akan sama tetapi realitinya tidak semudah itu.
Teori dunia tanpa sempadan ini hanyalah omongan kosong golongan globalis yang ingin menyedapkan mata dan telinga masyarakat yang 'masih perlu dimajukan' di Timur, Afrika dan negara -negara selatan Khatulistiwa dan juga indah khabar dari rupa pada pandangan sesetengah komuniti yang terpinggir di dalam perkampungan global ini.
Walaupun dunia tanpa sempadan ini, gagal memberikan keadilan dari segi politik dan juga ekonomi tetapi ia telah membuka pintu kepada penyaluran maklumat dengan segera dan pantas.
( contoh / bukti keratan akhbar yang membincangkan mengenai dunia tanpa sempadan.)
Utusan Malaysia - Awas dunia tanpa sempadan
· Penggunaan satelit - Malaysia lancar MEASAT 1 pada tahun 1995
· Satelit memancarkan isyarat komunikasi telefon, faks, televisyen, telesidang dan lain-lain
· Satelit SITE kepunyaan India, PALAPA kepunyaan Indonesia
· Siaran televisyen secara langsung ke seluruh dunia, menjalin hubungan manusia sejagat - Siaran CNN, NBC, BBC
· Internet - rangkaian komputer antarabangsa - komunikasi
sejagat (Global Village) - wujud masyarakat maklumat
Kepentingan teknologi dalam kehidupan manusia pada zaman moden ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun terutamanya kepada golongan belia. Keseluruhan hidup belia mempunyai kaitan dengan teknologi atas pelbagai sebab dan dalam pelbagai bentuk. Tanpa teknologi kehidupan manusia pada zaman moden akan dikelilingi dengan pelbagai kesulitan.
Kita bagi contoh yang mudah, iaitu belia dan perniagaan. Teknologi adalah faktor yang amat penting kepada sesebuah perniagaan. Semakin meluas teknologi digunakan dalam sesuatu perniagaan, maka semakin majulah perniagaan yang diusahakan tersebut. Contohnya, industri pembuatan yang mengeluarkan sesuatu komponen akan menggunakan sistem CAD (Computer-aided Design) atau CAM (Computer-aided Manufacturing) yang canggih untuk membuat sesuatu reka bentuk dengan lebih efektif dan efisien.
Dunia tanpa sempadan juga kita boleh kaitkan dengan globalisasi. Ramai sarjana yang memberikan definisi terhadap globalisasi ini. Secara kasarnya, globalisasi ialah proses penyebaran unsur-unsur baru khususnya berkaitan dengan informasi komunikasi secara internasional melalui media cetak dan media elektronik. Globalisasi sangat mempengaruhi kepada hampir semua aspek kehidupan secara sedar atau tidak sedar. Namun, terdapat segelintir mempraktikkannya dan sebahagiannya tidak kerana mungkin disebabkan faktor ekonomi dan sosial. Apabila kita bercerita tentang belia, mereka sangat sinonim dengan arus globalisasi ini. Respon mereka sangat positf kea rah globalisasi. Kita boleh lihat bagaimana belia menerimanya dalam perbincangan kita pada minggu-minggu yang lalu. Sebenarnya, belia adalah dijangka lebih merasakan kesan arus globalisasi kerana berada pada usia perdana.
Pengarah Institut Asia Eropah Universiti Malaya, Dato’ Prof Dr. Shaharil Talib telah menyerahkan kertas kerja yang ditulis oleh beliau sendiri dan Naib Canselor Universiti Malaya pada Seminar Belia Koperasi ICA Serantau 2004 di Shah Alam. Kertas kerja tersebut bertajuk Penglibatan Belia dalam Persekitaran yang Berubah-ubah. Kata beliau dalam seminar tersebut, kesan daripada dunia tanpa sempada telah menyebabkan keadaan tidak stabil dari segi ekonomi dan sosial. Ianya akan meningkatkan jurang sosial kerana golongan kaya akan menjadi semakin kaya dan golongan miskin menjadi lebih miskin. Justeru, golongan belia pada zaman sekarang haruslah tidak hanya menggunakan teknologi komunikasi dan memikirkan kepuasan diri sendiri tanpa mengambil kira kesan pada masa akan datang.
AWAS REALITI DUNIA TANPA SEMPADAN

Teori dunia tanpa sempadan ini hanyalah omongan kosong golongan globalis yang ingin menyedapkan mata dan telinga masyarakat yang 'masih perlu dimajukan' di Timur, Afrika dan negara -negara selatan Khatulistiwa dan juga indah khabar dari rupa pada pandangan sesetengah komuniti yang terpinggir di dalam perkampungan global ini.
Walaupun dunia tanpa sempadan ini, gagal memberikan keadilan dari segi politik dan juga ekonomi tetapi ia telah membuka pintu kepada penyaluran maklumat dengan segera dan pantas.
( contoh / bukti keratan akhbar yang membincangkan mengenai dunia tanpa sempadan.)
Utusan Malaysia - Awas dunia tanpa sempadan
Utusan Malaysia

Tun Dr. Mahathir Mohamad melancarkan koleksi buku hasil karya Persatuan Alumni UiTM sambil diperhatikan oleh Mohd. Zin Mohamed (tengah) dan Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah (kiri) pada majlis Wacana Intelek Ulung di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, semalam. - UTUSAN / SAIFUL BAHARI ASHARI
Katanya, ia adalah strategi halus kuasa dunia itu untuk menakluki negara-negara lain bukan melalui peperangan atau persengketaan, tetapi melalui ekonomi dan perdagangan.
Sambil memberi contoh konsep Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) misalnya, ia adalah satu perjanjian yang tidak memberi faedah yang besar kepada Malaysia.
''Negara Singapura yang merupakan negara pertama di rantau ini yang menandatangani perjanjian FTA dengan Amerika Syarikat mungkin tidak rugi apa-apa kerana negara itu mempunyai pelabuhan bebas cukai.
''Tapi jika FTA dijalankan di Malaysia, apa yang perlu kita korbankan?'' tanya beliau di hadapan kira-kira 200 hadirin pada majlis Wacana Intelek Ulung anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.
Dalam syarahannya yang bertajuk Strategi Memartabatkan Melayu di Dunia Tanpa Sempadan, Dr. Mahathir berkata: ''Kita kena faham betul-betul apa yang dikatakan dunia tanpa sempadan ini, kesan dan kebaikannya kepada negara supaya kita tidak terperangkap.
''Saya percaya ada udang di sebalik batu tentang konsep ini.
''Kalau kita terima bulat-bulat, mungkin kita boleh hilang kemerdekaan,'' katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya orang Melayu diperkukuhkan dalam semua bidang agar dapat membentuk nilai hidup yang mampu memartabatkan bangsa.
Salah satu daripadanya, jelas beliau, meningkatkan jati diri dengan mengamalkan budaya rajin bekerja supaya tidak mudah dipengaruhi gejala rasuah.
Selain itu, katanya, orang Melayu perlu memastikan kuasa politik tidak lemah supaya tidak hilang hak-hak keistimewaan.
"Seterusnya orang Melayu perlu berwaspada dengan sebarang idea yang datang dari luar termasuk berupaya menolak perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan kepada kita," katanya.
Pada majlis itu, Dr. Mahathir turut melancarkan laman web Persatuan Alumni UiTM, www.uitmalumni.com dan buku-buku hasil karya persatuan berkenaan.
Persatuan ini yang sedang mengumpulkan ahlinya seramai kira-kira 350,000 orang di merata tempat, ditubuhkan baru-baru ini bagi membantu meningkatkan profesionalisme ahlinya serta menjaga kebajikan mereka.
Turut hadir pada majlis syarahan perdana itu ialah bekas wanita pertama negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Naib Canselor UiTM, Tan Sri Profesor Dr. Ibrahim Abu Shah dan Presiden Persatuan Alumni UiTM, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed.
0 comments:
Catat Ulasan