Ahad, 27 November 2011

0 17.0 Penglibatan Belia Dalam Politik Di Malaysia

Dalam artikel “Konvensyen Belia: Penglibatan golongan muda dalam politik baru” yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Belia, Majlis Sukan Negeri Selangor mengatakan, golongan muda atau belia merupakan tunjang penting yang dapat menyumbang situasi politik di negara ini. Arus perubahan yang berlaku sejak era reformasi pada September 1998 telah banyak membuka minda golongan muda untuk merubah hala tuju politik yang lebih segar dengan berlandaskan prinsip keadilan, hak asasi dan demokrasi yang lebih matang merentasi politik lama yang penuh dengan korupsi, keganasan, penindasan, dan tekanan. Golongan muda ketika itu mula sedar bahawa gelombang baru ini yang berpaksikan prinsip-prinsip keadilan dan kebenaran mampu membawa satu perubahan kepada generasi akan datang.
  
Menurut artikel ini, penglibatan belia dalam politik di Malaysia amat diperlukan. Di mana ia akan meningkatkan kesedaran belia dan lebih mengambil berat dalam kegiatan yang berlaku di Malaysia. Secara ini, belia boleh menyumbangkan idea dan kretiviti mereka secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka untuk menunjuk atau melatih dari segi kemahiran pemimpin. Belia juga merupakan pemimipin pada masa depan kepada negara kita, dengan melibatkan diri dalam politik pada peringkat awal boleh  membantu mereka reaksi pada sesuatu perkara dengan cepat dan berkesan.  

Akan tetapi, menurut statistik yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan 4.39  juta atau 28 peratus rakyat negara kita yang berkelayakan masih belum mendaftar sebagai pengundi dan majoritinya adalah terdiri dari golongan muda. Kebanyakan golongan muda tidak mengambil berat dalam politik, mereka berasa ia tidak berkaitan dengan kehidupan mereka, tidak perlu diambil tahu langsung. Hal ini mungkin disebabkan oleh mitos atau ideologi yang disebarkan oleh orang tua mengatakan politik agak berbahaya dan  jangan melibat diri dalam politik.

Kami di Generasi Y sebagai belia juga berpendapat, belia perlu diberi ruang dalam bidang penting sama ada ekonomi, pendidikan, politik dan sebagainya terutama dalam dunia teknologi maklumat yang meledak ini kerana idea belia yang bernas diperlukan dalam membuat sebarang keputusan yang berkaitan. Sumbangan idea dan pendapat mereka(belia) yang diambil kira oleh pihak kerajaan menyebabkan mereka lebih rasa dihargai dan mampu menyumbang sesuatu kepada pembangunan negara. Belia boleh memainkan peranan besar dalam negara jika diberi ruang dan peluang yang berpandukan kepada satu garis panduan yang telah ditetapkan agar hala tuju mereka lebih terarah dengan matlamat negara.

Dalam bidang politik, kami berpendapat pendekatan yang bersesuaian dengan jiwa golongan belia harus diambil seperti penggunaan teknologi moden bagi meraih sokongan belia menyertainya. Hal ini adalah kerana belia yang seimbang dari segi semangat kenegaraan, semangat kekitaan dan mempunyai tahap intelektual yang tinggi menjadi matlamat utama namun jika pendekatan yang digunakan tidak bersesuaian dengan golongan ini, mereka akan lebih menjurus kepada satu-satu bidang seperti hiburan dan sukan sahaja.

Kami di Generasi Y berpendapat juga, perubahan dalam pucuk pimpinan juga perlu agar pendekatan yang diambil untuk mendekati golongan belia mengalami perubahan yang dikehendaki golongan berkenaan. Golongan pemimpin juga harus mengenal pasti cabaran-cabaran baru yang dihadapi oleh golongan belia agar dapat membantu mereka daripada terjebak dalam masalah sosial semasa.

Menurut Prof Madya Mohamad Md Yusoff (Pusat Pengajian Komunikasi, USM Pulau Pinang), Kerajaan BN sebagai pemerintah sudah sepatutnya merancakkan prose tarbiyah politik dalam konteks sosialisasipolitik dengan bukan hanya pengajaran kursus sivik,bahkan mengasah dan mengasuh belia bagaimana berfikir. Tambah beliau lagi, pemikiran kritis mengambil kira bagaimana (kaedah berfikir) bukan apa hendak difikirkan dan sekali gus, pengalaman lebih diutamakan sebagai proses pembelajaran bukan sebaliknya. Hal ini adalah kerana kajian memperlihatkan generasi muda banyak memperoleh pengetahuan politik daripada sekolah berbanding pengalaman luar.

Nilai kewarganegaraan yang baik bermula dan dipupuk di sekolah, dalam keluarga dan kalangan rakan sebaya. Begitu juga, rakan sebaya menerusi kelab belia dan persatuan sosial, keagamaan dan lain mampu membina modal insan dan tarbiyah politik jika program proaktif disemarakkan dengan konsisten.
Bagaimanapun, jika agensi kerajaan bertanggungjawab gagal melaksanakan peranan mematangkan politik dalam bentuk tarbiyah politik dan pemupukan nilai, kepercayaan, perilaku politik sesuai dengan cabaran Wawasan 2020, kestabilan politik akan terjejas.

Justeru, golongan sasaran khususnya belia dari semua kaum mesti diperkasakan budaya politik mereka dengan kempen sosialisasi politik berkesan sambil menjadi warga negara patriotik lagi menghayati cabaran Wawasan 2020, sekali gus memaparkan nilai warga negara yang toleran, matang dan demokratik bahkan lebih mementingkan negara bukan sebaliknya.



  



0 comments:

Catat Ulasan