Gagasan 1Malaysia adalah satu konsep yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Najib bin Tun Hj Abd Razak pada 2 April 2009. Semasa beliau memerintah, beliau telah memperkenalkan konsep ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat di Malaysia.
1Malaysia juga diertikan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara tercapai iaitu Wawasan 2020 jika ianya diterapkan dalam pendirian setiap belia di Malaysia serta mereka mengamalkannya dalam setiap urusan maka Wawasan 2020 akan tercapai.
Justeru itu para belia hendaklah bersatu padu dalam merealisasikan gagasan yang telah ditubuhkan ini agar kita dapat mencapai atau setaraf dengan negara-negara maju di masa akan datang. Nilai-nilai yang diterapkan dalam Gagasan 1Malaysia bertujuan untuk menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan belia Malaysia. Disamping itu, bagi mencapai kemajuan sesebuah negara rakyat hendaklah dimajukan terlebih dahulu dan ia hendaklah dimajukan dengan membentuk sikap menerima antara kaum yang akan membawa kepada perpaduan antara kaum yang utuh. Apabila kata sepakat antara kaum telah tercapai, maka pembangunan negara akan berjalan lancar dan dapat mencapai Wawasan 2020.
Pihak kerajaan menggunakan teknologi dan media tradisional untuk menyampaikan maklumat berkaitan Gagasan 1Malaysia ini. Teknologi yang meluas membolehkan para belia mengetahui akan apa yang dimaksudkan dengan gagasan 1Malaysia. Golongan yang berfikiran bahawa teknologi membawa kebaikan kepada belia dan masyarakat adalah Mcluhan, Daniel Bell, Alvin Toffler dan David Lyon menurut golongan ini teknologi mampu menyeimbangkan dunia kerana teknologi memberikan faedah serta menjanjikan dunia yang lebih maju dan sempurna kepada masyarakat serta penggunaan teknologi juga membawa keuntungan yang besar kepada negara kerana dengan kemodenan akan membolehkan sesebuah negara maju berbanding negara yang kurang pendedahan terhadap teknologi.

Belia menggunakan teknologi yang tesedia untuk mengetahui sesuatu perkara, seharusnya belia lebih menggunakan teknologi ini kearah kebaikan supaya ianya membawa kebaikan kepada negara dan masyarakat sejagat.
0 comments:
Catat Ulasan