Khamis, 20 Oktober 2011

0 2.0 Latarbelakang Kewujudan Dan Perkembangan Teknologi

Bagaimanakah teknologi itu wujud ? Apakah perkembangan teknologi dari dulu sehingga kini ? ?


" Close To You, I Will Follow You . . . "

Perkembangan yang pesat dalam teknologi dan era globalisasi telah mempengaruhi sistem komunikasi masa kini. Perkembangan semasa ini telah memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan dan gaya hidup belia. Harapan masyarakat terhadap golongan belia pada era yang semakin maju ini adalah sangat tinggi. Tidak dinafikan belia merupakan bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Kewujudan teknologi yang canggih menjadikan kehidupan belia lebih maju dan setanding dengan belia di negara-negara maju. 

Di samping itu, komputer juga mangalami proses transformasi yang dapat memudahkan urusan harian manusia. Hasil penerokaan dalam teknologi moden ini telah memberi kemudahan terhadap manusia untuk berhubung dan menyebarkan maklumat dengan pantas. Bagi belia pula, teknologi komunikasi yang canggih ini telah menjadi satu keperluan yang penting dalam kehidupan harian mereka. Hal ini demikian, dalam era globalisasi ini teknologi merupakan salah satu komponen penting untuk para belia menjalani kehidupan harian. Sebagai contoh pelajar-pelajar universiti perlu memiliki komputer riba atau "notebook" untuk mencari maklumat dan membuat tugasan mereka.

Berdasarkan kajian dalam pengguna Internet di Malaysia statistik yang dikeluarkan pada tahun 2009, jumlah pengguna internet di Malaysia dianggarkan berjumlah 16.9 juta orang. Pengguna internet di Malaysia merupakan negara yang Ke-7 di Asia iaitu 64.6% berdasarkan dari segi peratus penduduk dan Ke-9 di Asia berdasarkan dari segi jumlah penduduk iaitu seramai 16,902,600 menggunakan internet. Ini bermakna pengaruh internet dalam kalangan rakyat Malaysia sememangnya sangat besar dalam kehidupan seharian. Sejak tahun 2000 sehingga 2010 kadar pertumbuhan pengguna internet di Malysia  adalah  sebanyak  356.8%.




Statistik mengenai penggunaan internet di Malaysia.


1.                  populasi penduduk pada 2000           : 24.6 juta orang
2.                  pengguna internet pada 2000            : 3.7 juta orang
3.                  kadar penembusan pada 2000           : 15%
4.                  populasi penduduk pada 2010           : 26.12 juta orang
5.                  pengguna internet pada 2010            : 16.9 juta orang
6.                  kadar penembusan pada 2010           : 64.6%
7.                  pertumbuhan pengguna internet       : 356.8%

Kini kita dapat menyaksikan satu fenomena baru dalam kalangan belia yang terlalu bergantung dengan teknologi komunikasi.Hal ini demikian, teknologi merupakan alat hiburan alat komunikas antara belia dengan dunia luar dan juga sebagai alat untuk mereka mendapat sumber maklumat dan ilmu pengetahuan. Selain itu, teknologi komunikasi juga merupakan alat catatan peristiwa sebagai pengingatan kepada belia. Akan tetapi, belia kini banyak menggunakan teknologi komunikasi ini untuk hiburan. Contohnya, memain ‘Game’, berbual, mencari kawan baru dalam rangkaian perkhidmatan social iaitu Facebook, MySpace dan Twitter.


Berdasarkan statistik dari Alexa dan Google Ad Planner (20099), laman rangkaian sosial Facebook telah dikunjungi seramai 6.2 juta pengguna Internet di Malaysia dan laman Friendster sebanyak 4.2 juta mengunjungi. Manakala, rangkaian sosial interaktif MySpace pula dikunjungi oleh 2.1 juta pengguna Internet di Malaysia manakala Twitter seramai 750,000 pengunjung.





Menurut statistik di laman rasmi di facebakers.com dan world population list 2010, kedudukan Malaysia berada di nombor 16 dalam pengguna Facebook (dari segi jumlah pengguna) dalam kalangan 20 negara. Mengikut peratusan pula, kedudukan Malaysia berada di nombor 8 iaitu 31.48 peratus penduduknya berdaftar dengan facebook. Golongan terbesar dalam menggunakan rangkaian social Facebook adalah dari golongan belia. Di mana, belia boleh di definisikan seseorang yang berumur dari 15 hingga 40 tahun berdasarkan Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2008. 

Berdasarkan teori kegunaan dan kepuasan yang diperkenakan oleh Blumber dan Katz (1974), teori tersebut menyatakan pengguna media yang memainkan peranan yang aktif dalam memilih dan menggunakan media. Bermaksud, individu-individu boleh memilih alternatif yang meraka inginkan dan kebolehan mencari sumber yang terbaik untuk memenuhi keperluan mereka. Menurut data tersebut, boleh dikatakan Facebook merupakan salah satu pemilihan media yang digunakan untuk memenuhi kebutuhan mereka. 


Terdapat beberapa andaian yang daripada paradigma dominan dalam menggunakan teknologi komunikasi adalah:
1. Teknologi komunikasi boleh dekatkan hubungan manusia dimana berjarak jauh.
2. Teknologi komunikasi membolehkan manusia menutuk ilmu dengan lebih mudah.
3. Teknologi komunikasi memudahkan perhubungan manusia.
4. Teknologi komunikasi membawa perubahan positif kepada masayrakat.

Teknologi komunikasi moden ini telah merapatkan jurang antara manusia dan juga antara negara. Ia juga membantu kita meneroka ilmu-ilmu dari seluruh dunia dengan ‘just click a button’ tanpa bersusah payah mencari maklumat dari perpustakaan ataupun meneroka sendiri dengan mengambil masa yang panjang. Dengan adanya teknologi komunikasi canggih ini telah memberi banyak manfaat kepada manusia. Peralatan- peralatan yang canggih ini boleh setanding dengan keperluan asas harian kita, tidak boleh tanpa dengannya.

Kesimpulannya, belia pada zaman ini terlalu bergantung kepada teknologi komunikasi. Kini teknologi bukan sekadar sebagai satu tren tetapi boleh dianggap sebagai satu keperluan dalam kehidupan belia dan golongan ini akan sentiasa mengikuti perkembangan teknologi baru supaya mereka tidak ketinggalan dalam arus pemodenan.



0 comments:

Catat Ulasan