Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi ? Siapakah belia ? ?
Sepintas lalu. . .
Sebelum kami iaitu generasi Y mengaitkan tentang hubungan teknologi dan belia, sama ada teknologi itu sendiri memberi kesan positif atau negatif kepada sesebuah masyarakat khususnya belia, mari kita lihat secara sepintas lalu kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dengan teknologi komunikasi itu sendiri. .
Kita biasa dengar dan sudah sedia maklum tentang sejarah kehidupan manusia yang berkomunikasi menggunakan kod-kod, bunyi-bunyian dan simbol untuk berkomunikasi atau menyampaikan maklumat. Ini menjadi salah satu cara manusia berhubung sebelum wujudnya sistem tulisan.
Kemudian, komunikasi berkembang, kini manusia boleh berkomunikasi menggunakan gambar dan tulisan dengan berbagai alat bantu seperti surat, e-mail dan video, dimana kita boleh melihat sendiri pihak lawan. Situasi ini jelas menunjukkan teknologi komunikasi itu sendiri bergerak dengan pantas dan sangat penting untuk kita meneliti sejarah perkembangan teknologi komunikasi kerana ia tidak wujud dalam kekosongan. Perkembangan teknologi komunikasi ini membolehkan manusia menggunakan berbagai alat / media untuk menyampaikan maklumat. Antara teknologi komunikasi baru ialah komputer, televisyen, satelit dan ‘fibre optics’.
Belia. . .
Mengikut Akta Perlembagaan Belia Kebangsaan, dianggarkan lingkungan usia golongan belia adalah dari 15-40 tahun. Oleh itu kami Generasi Y ini tergolong dalam golongan belia. :D phewwiitt. . .
Apabila menyebut tentang belia dan teknologi masa kini, sudah pasti teknologi utama tumpuan belia masa kini adalah telefon bimbit dan komputer yang merapatkan jurang digital. Contohnya penggunaan telefon Blackberry. Belia sekarang sangat obsess terhadap teknologi ini sehingga sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya untuk sebiji telefon. Terpaksa guna duit ‘loan’ pon sanggup. :D
Telefon bimbit kini dengan ciri teknologi termaju mampu mewujudkan gelombang besar dalam merapatkan jurang digital yang mana ia boleh menjadi pelengkap kepada komputer peribadi (PC). Telefon pintar yang beroperasi seperti komputer turut menyediakan aplikasi seperti e-mel, perisian teknologi terkini selain memainkan muzik serta mengendalikan aplikasi multimedia lain yang dilihat sebagai platform terbaik. Telefon bimbit kini boleh dianggap sebagai PC bergerak yang mengubah cara manusia berkomunikasi, gaya hidup dan bekerja, sekali gus memudahkan penyaluran maklumat tanpa terikat di PC. Kepekaan belia masa kini terhadap teknologi komunikasi baru ini contohnya komputer, telah melabelkan belia itu sendiri sebagai satu golongan yang sangat sinonim dengan teknologi. Teknologi dan Belia tidak dapat dipisahkan.
Perkembangan Teknologi Komunikasi. . .
Untuk kita lebih memahami tentang perkembangan teknologi komunikasi ini, kita harus meneliti ‘revolusi perindustrian’. Banyak percetakan dan penciptaan yang wujud. Seperti yang kami nyatakan di atas tadi iaitu sejarah awal manusia berkomunikasi hanya menggunakan kod-kod, bunyi, simbol dan sebagainya untuk menyampaikan maklumat. Teknologi ini berkembang dan wujud tulisan, di mana manusia mula menggunakan surat untuk berhubung. Ia merupakan satu-satunya cara untuk berkomunikasi walaupun mengambil masa yang agak lama.
 |
moveable metal type |
Perkembangan cara manusia menyampaikan maklumat antara satu sama lain ini menjurus kepada penciptaan alat komunikasi yang semakin canggih dan lebih efisen dari masa ke semasa. Terdapat teknologi yang semakin diberi perubahan dari yang lama kepada yang lebih maju dan canggih untuk kemudahan manusia. Hal ini adalah untuk memudahkan dan mempercepatkan maklumat yang ingin disampaikan. Contoh yang boleh dilihat adalah melalui 'Revolusi Guternberg', 1455. Johannes Guternberg membawa inovasi pencetakan (1455) dengan mencipta mesin cetak cerai jenis logam (moveable metal type) untuk mencetak buku (Bible) dalam kuantiti yang banyak. Ciptaan beliau sebenarnya membuka pintu kepada kemunculan satu teknologi baru yang membawa kepada pengedaran buku-buku secara meluas. Johannes Guternberg mengembangkan untuk yang pertama kalinya mesin cetak yang menggunakan plat huruf yang dibuat dari besi.
 |
Telegrap |
Seterusnya penciptaan Telegraph, 1837, oleh Samuel F. B.Morse (1791-1872). Cara komunikasi menjadi lebih mudah apabila munculnya telegraf ini. Telegraf membantu manusia menghantar dan menerima pesanan dari jarak jauh, dan tidak memerlukan masa yang panjang. Hal ini mewujudkan komunikasi yang berkesan.
Seterusnya diikuti dengan penciptaan telefon oleh Alexander Graham Bell, di mana ianya telah dicipta pada tahun 1876. Kemunculan telefon ini telah mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat kerana ia dapat berkomunikasi dengan seseorang secara terus dan menerima maklum balas yang cepat, tanpa perlu bersemuka. Kemunculan Wireless telegraph pula oleh Marconi, 1901. Seterusnya kewujudan radio, berperanan sebagai satu media yang menyalurkan mesej kepada masyarakat. Setiap masyarakat boleh mengetahui segala hal yang berlaku dalam dunia ini melalui saluran radio.
 |
telefon
|
Sehinggalah kini. . . . . banyak teknologi komunikasi baru tercipta seperti televisyen, Komputer, Satelit dan sebagainya. Kemunculan teknologi komunikasi baru ini mengubah cara seseorang bekerja dan hidup, khususnya gaya hidup golongan belia seperti kami ini sendiri. Bergantung kepada tujuan masing-masing untuk tujuan pendidikan, hiburan dan perniagaan. Wujudnya Internet iaitu rangkaian pusat yang membentuk Internet, 1969. Pada awalnya dikenali sebagai ARPANET, yang dibangun oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Pada 1 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, dari NCP ke TCP/IP. Ini merupakan awal dari Internet yang kita kenal hari ini.Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan menyambungkan kebanyakan pengguna jaringan-jaringan komputer yang ada.
Walaubagaimanapun… Sejauhmanakah perkembangan pesat teknologi yang kita nikmati kini memberi manfaat kepada kita yang bernama belia ? Sehinggakan kita obsess dengan perkembangan teknologi. . . Pernahkah kita sedar untuk apa teknologi ini dicipta, benarkah untuk memudahkan kita berhubung dan menyampaikan mklumat semata-mata ? atau adakah sebenarnya kita ini di kawal sumber maklumatnya dan sentiasa diintip (surveillance technology) oleh kuasa besar semata-mata. . .
 |
Herbert Schiller |
 |
Ithiel De Sola Pool |
Sarjana Inggeris, ‘De Sola Pool’ telah memberikan pendapat yang bersifat optimis dimana beliau telah melihat perkembangan teknologi dari sudut positif. ‘De Sola Pool’ beranggapan bahawa perkembangan teknologi komunikasi membawa kepada revolusi yang mengubah struktur asas masyarakat dengan membawa banyak kemudahan dalam kehidupan masyarakat. Pandangan optimist menyokong bahawa perkembangan teknologi ini membangunkan negara (pemodenan) dan seimbangkan negara mundur dengan negara maju.. Beliau juga mengatakan bahawa teknologi akan meningkatkan peluang kebebasan iaitu bebas mengakses maklumat tanpa halangan. Oleh itu, ia membawa kepada pembaharuan dengan bermulanya penciptaan tulisan, diikuti dengan penciptaan mesin cetak, telegraf, telefon, “wireless” telegraf, televisyen, satelit, computer, gentian optic (fibre optic) dan akhir sekali internet. Selain itu, beliau beranggapan bahawa teknologi komunikasi melahirkan masyarakat yang pluralist. Beliau mendakwa lagi bahawa ‘privacy’ tidak wujud sejak Revolusi Perindustrian. De Sola Pool beranggapan perkembangan teknologi komunikasi membawa kepada revolusi dan mengubah struktur asas masyarakat dengan membawa banyak kemudahan kepada masyarakat dalam kehidupan mereka.
Menurut ‘Herbert Schiller’, (Professor of Communications at the University of California, San Diego) pula memberikan pandangan realist iaitu mengatakan bahawa perkembangan teknologi baru yang semakin banyak diperkenalkan di dalam pelbagai industri dan mahal telah berupaya menindas perusahaan secara tradisional dan kecil-kecilan. Antara faktor lain yang menjadi penyebab ialah fenomena memasarkan produk yang dikeluarkan dari teknologi baru secara global serta aktiviti perniagaan yang semakin memerlukan belanja besar. Beliau juga banyak mengkritik teknologi komunikasi yang dikatakan mengukuhkan status quo bagi golongan dominan serta mendalamkan jurang antara yang berkuasa untuk menindas.
Pandangan dua orang sarjana ini boleh dibuktikan melalui video debat mereka iaitu (Voice: Technology of Freedom). (Ditunjukkan oleh Pn. Wang dalam YKT 214 9/10/2011) :D
Bagi pandangan kami “Generasi Y”, kami amat bersetuju pandangan De Sola Pool mengenai perkembangan teknologi komunikasi banyak mendatangkan kemudahan kepada masyarakat, khususnya kami sendiri iaitu golongan belia yang suka diberi kebebasan dalam mengakses maklumat tanpa sebarang halangan, tetapi ini sebenarnya telah menimbulkan satu konflik di dalam struktur masyarakat. Hal ini kerana jika kita fikirkan secara mendalam, hal ini sebenarnya hanya memihak kepada gologan kaya dan berkuasa sahaja. Di mana hanya mereka yang mampu sahaja boleh memperoleh teknologi komunikasi ini. Contoh yang ringkas ialah hanya orang kaya yang mampu memperolehi teknologi ini, bagaimana pula dengan golongan yang miskin?? Benar kan ?? Berkaitan dengan masalah privasi pula , De Sola Pool mendakwa bahawa privasi tidak wujud sejak revolusi industri. Kami sebagai belia tidak bersetuju dengan hujahan ini kerana pengguna sendiri terutamanya belia, perlu menjaga privasi itu sendiri. Walaupun belia kini amat tertarik untuk mengakses maklumat secara bebas tanpa sebarang halangan, namun privacy juga sepatutnya menjadi keutamaan belia, dan bukannya menyalahkan kepada teknologi komunikasi itu sendiri kerana teknologi komunikasi merupakan satu revolusi. :D Eh, yakin kah kita bahawa setiap privacy yang kita ambik tidak akan diceroboh oleh pihak-pihak tertentu ? Ini tidak mustahil kan ? kerana kita perlu sedar bahawa setiap maklumat yang kita ada sebenarnya dikawal oleh golongan tertentu iaitu golongan atasan.
Selain itu, bagi pandangan kami “Generasi Y”, perkembangan teknologi yang semakin maju dan lebih efisen ini sebenarnya telah mewujudkan satu pergantungan atau boleh disebutkan dengan “Dependency Theory”, di antara negara mundur iaitu negara Dunia Ketiga dengan negara maju. Contoh yang boleh dilihat ialah dengan kewujudan TNC (Transnational Corporations). TNC telah memainkan peranannya dalam mewujudkan kebergantungan ini. Di Malaysia ini sendiri terdapat banyak TNC contohnya NOKIA, SONY, DELL dan sebagainya. Kewujudan TNC ini kononnya untuk berkongsi teknologi dan untuk membantu negara membangun atau negara Dunia Ketiga untuk lebih maju. Adakah benar atau kita hanya dimanipulasikan . . . ?
Kesimpulannya, kita sebagai belia sudah matang untuk memberikan pendapat kita sendiri. Kebaikan dan keburukan itu wujud dalam setiap perkara. Sama ada perkembangan teknologi itu memeberikan kebaikan/manfaat kepada kita atau memberikan keburukan semata-mata. Kita belia pemimpin negara pada masa hadapan. Terfikirkah kita bahawa negara kita sebenarnya makin maju atau makin bergantung kepada negara maju dan sentiasa di awasi sumber maklumatnya.
Kami belia Generasi Y , pemimpin masa hadapan !