Apakah tren perkembangan teknologi yang berlaku ? ?
Pada abad kini, kehidupan golongan belia seolah-olah tidak lagi dapat dipisahkan dari teknologi. Penggunaan teknologi dalam konteks kehidupan generasi sekarang seakan sudah menjadi perkara lazim yang menjadi sebahagian dari kehidupan mereka. Apa yang dapat dilihat sekarang, penggunaan teknologi ini telah menjadi satu trend dalam kehidupan yang dianggap penting bagi kehidupan generasi sekarang. Dalam keadaan dunia sekarang yang dianggap sebagai dunia era globalisasi, perkara yang menjadi trend generasi ini ialah teknologi informasi dan komunikasi. Teknologi informasi dan komunikasi ini telah dianggap sebagai salah satu perkara terpenting kepada kehidupan generasi zaman sekarang. Hal ini menunjukkan bahawa generasi sekarang sangat bergantungan kepada teknologi dalam menjalani kehidupan mereka. Perkara ini amat bertetapan dengan ramalan sebagai mana yang telah diramalkan oleh McLuhan. Dalam ramalan beliau, McLuhan telah meramalkan bahawa apabila tiba suatu saat nanti, manusia akan sangat bergantung pada teknologi, terutamanya teknologi informasi dan komunikasi. Dalam hal ini, McLuhan telah memperkirakan sesuatu perkara yang bakal berlaku dan kemudiannya akan terjadi pada masa sekarang. Menurut McLuhan juga, pada masa 'Global Village' terjadi, informasi dan teknologi akan sangat terbuka luas, begitu juga dengan peranan media massa dalam mentransformasikan pesanan

Sekiranya kita melihat dari perspektif sejarah lagi, teknologi informasi dan komunikasi ini sudahpun diketahui oleh manusia sejak bertahun-tahun abad lamanya. Dari abad-abad yang lalu lagi, apabila ketika manusia diciptakan, mereka sudah mula mencuba untuk berkomunikasi dengan penggunaan simbol-simbol serta isyarat-isyarat seperti komunikasi bukan lisan (non-verbal). Pendekatan ini merupakan titik permulaan perkembangan bagi teknologi informasi dan komunikasi. Kehidupan manusia yang berkembang maju selari dengan perkembangan teknologi telah mampu berkomunikasi secara lisan dengan disertakan dengan bukan lisan.

Seterusnya, perkembangan trend ini juga dapat dilihat menerusi perkembangan teknologi jaringan komunikasi generasi. Teknologi jaringan komunikasi generasi ini lebih dikenali sebagai 3G. Seperti yang diketahui umum, teknologi ini menyediakan kemudahan berhubung tanpa kabel iaitu nirkabel tanpa batasan dengan adanya kemampuan penyambungan internet yang berkelajuan tinggi. Seperti keadaan yang dapat dilihat sekarang, penggunaan teknologi amatlah popular dalam golongan belia sekarang. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan teknologi ini dalam kehidupan seharian mereka.

Penciptaan teknologi 3G telah memberikan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti 'video call'. Melalui kemudahan ini, seseorang bukan sahaja dapat berhubung dan hanya mendengar suara bahkan mereka juga akan turut dapat melihat wajah orang yang dihubungi selain turut dapat melihat keadaan orang yang dihubungi tidak kira jarak jauh ataupun dekat. Melalui teknologi ini juga, teknologi ini turut mampu mengakses internet dengan kadar yang cepat dan segera. Hal ini demikian kerana, perkembangan jaringan telekomuikasi ini dilengkapi dengan akses data cepat. Selain itu juga, teknologi 3G ini juga turut menyediakan kemudahan 'video streaming'. Manakala 4G pula merupakan satu sistem yang dijangka menyediakan jalur lebar IP yang komfrehensif dan terjamin yang berasaskan kepada modem mudah alih (broadband). 4G ini turut menyediakan kemudahan seperti pengaksesan ultra-broadband internet, perkhidmatan permainan, dan distrim multimedia seperti yang diperuntukkan untuk pengguna.
Melihat pada konteks keadaan sekarang, gajet berteknologi yang menjadi kegilaan golongan belia sekarang adalah telefon bimbit. Sebuah telefon bimbit yang menyokong kemudahan jaringan 3G paling tidak dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan untuk perhubungan seperti bluetooth, infrared, wireless atau lebih dikenali sebagai 'wi-fi' serta turut dilengkapi dengan kemudahan kamera untuk video call dan melihat pada perkembangan telefon bimbit ini, gajet berteknologi ini diperkembangkan lagi dengan penciptaan blackberry dan iphone yang telah menjadi kegilaan golongan belia sekarang.

1 comments:
maklumat ini sangat berinformatif....membantu saya untuk pemahaman yang lebih baik tentang teknologi. syabas !
Catat Ulasan