Apakah isu-su semasa pada hari ini yang melibatkan penggunaan teknologi oleh belia ? ?
Belia Tonggak Negara. Benarkah kenyataan ini ? Mari kita kupaskan hal ini ya . . . Tidak dinafikan golongan belia merupakan aset bernilai kerana mereka adalah pewaris yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan negara. Istilah belia menurut Kamus Dewan (1994) bermaksud muda, sangat muda dan golongan muda secara keseluruhannya yang terdiri daripada pemuda dan pemudi. Menurut Rogers (1983) teknologi adalah suatu rancangan untuk alat bantu tindakan yang mengurangi ketidakpastian dalam hubungan sebab akibat dalam mencapai suatu hasil yang diinginkan.
De Sola Pool telah memberikan pendapatnya yang bersifat optimis iaitu melihat perkembangan teknologi dari sudut positif. Pandangan ini telah mengabaikan konflik yang berlaku di dalam masyarakat pada masa itu. Beliau mengatakan bahawa teknologi meningkatkan peluang kebebasan. Masyarakat bebas untuk mengakses maklumat tanpa halangan. Oleh itu, ia membawa kepada pembaharuan dengan bermulanya penciptaan tulisan, diikuti dengan penciptaan mesin cetak, telegraf, telefon, “wireless” telegraf, televisyen, satelit, komputer, gentian optic (fibre optic) dan akhir sekali internet. De Sola Pool beranggapan bahawa pendominasian masyarakat berlaku di dalam masyarakat. Selain itu, beliau beranggapan bahawa teknologi komunikasi melahirkan masyarakat yang pluralist. Kini, perkembangan teknologi telah mewujudkan penggunaan alat bahan cetak, telefon and internet, dan ia telah megurangkan jurang komunikasi dan membolehkan manusia berinteraksi secara global.
Contohnya dengan adanya internet, pengguna dapat melayari pelbagai laman sesawang samada untuk berkomunikasi antara satu sama lain di samping dapat menambahkan kenalan serta mendapakan maklumat. Kemunculan teknologi baru juga dikatakan boleh memberi ruang di mana individu bebas atau blogger menyuarakan pendapat mereka kerana ruang siber tidak dikawal oleh mana-mana kuasa berdaulat.
Belakangan ini, wujudnya kepelbagaian teknologi yang telah diperkenalkan kepada masyarakat umum yang bertujuan untuk memudahkan pekerjaan seharian masyarakat. Contohnya lambakan kemunculan gajet teknologi yang seiring dengan perkembangan dunia hari ini seperti telefon bimbit pintar (blackberry, I phone, Samsung galaxy), I-pad, computer, kamera digital (dslr), pemain muzik mp4, permainan ( playstation 4) dan sebagainya. Gajet ini dicipta untuk kemudahan para belia dan masyarakat. Dengan menggunakan internet, pengguna dapat melayari laman web seperti facebook, twitter, serta memudahkan pengguna mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Namun begitu, maslah sosial semakin berleluasa, belia kini banyak masa dan duit dihabiskan semata-mata untuk memiliki teknologi yang dicipta ini. Tahap ketercapaian pengaksesan laman web yang berunsurkan pornografi dan lucah semakin mudah diakses tanpa kawalan, kesannya, kes rogol, sumbang mahram, zina dan sebagainya semakin berleluasa dalam masyarakat. Selain itu, penggunaan telefon bimbit oleh belia merupakan perkara biasa bagi mereka dan mereka bebas merakam dan mengambil gambar yang tidak senonoh. Malah banyak akhbar yang menyiarkan kes sebegini yang melibatkan maslah sosial para belia kesan daripada teknologi moden pada masa kini. ada segelintir yang merakam aksi seks sendiri dan dimuaturun kepada kawan-kawan untuk suka-suka.
Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi hari ini telah disalahgunakan. Penggunaan alat senjata telah berleluasa dan mengakibatkan kekecohan. Teknologi memberi kesan yang banyak kepada masyarakat dan persekitarannya. Walaupun teknologi pada mulanya membawa kebaikan terutamanya dari sudut ekonomi, tetapi ia juga menghasilkan kesan negatif, iaitu pencemaran, yang mendatangkan kesan kepada alam semula jadi. Justeru, teknologi sebenarnya membawa kesan baik dan buruk bergantung kepada cara seseorang menggunakan teknologi itu sendiri.
p/s : macam mana pula penggunaan teknologi oleh kamu ?
0 comments:
Catat Ulasan