Rabu, 23 November 2011

0 16.0 Kekangan Dalam Penggunaan Teknologi

Tahukah anda kekangan-kekangan  semasa belia menggunakan teknologi ? ?


          Penggunaan teknologi dalam kalangan belia sudah menjadi sesuatu perkara yang biasa dalam kehidupan sekarang yang dikatakan serba canggih. Melihat dalam konteks kehidupan golongan belia sekarang penggunaan teknologi ini seakan-akan sudah menjadi sesuatu normal kehidupan mereka yang mana telah menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan mereka. Menurut Ithiel De Sola Pool teknologi komunikasi susah untuk diukur dab dikawal. Akibat dari penguasaan mereka dalam menggunakan teknologi ini, kehidupan mereka telah menjadi lebih maju dan moden yang berubah-ubah mengikut perkembangan teknologi yang berlaku. Namun demikian, bukan semua yang dapat mengunakan kemudahan teknologi yang wujud sekarang. Pelbagai kekangan yang telah dikenalpasti yang menjadi punca-punca dalam penggunaan teknologi. 
    
        Melihat pada konteks dimana perkara yang menjadi punca-punca kekangan dalam penggunaan teknologi ialah dapat dikenalpasti yang dapat dibahagikan  kepada beberapa aspek. Antara aspek yang telah dikenalpasti yang menjadi punca kekangan dalam penggunaan teknologi sekarang ialah faktor kos penggunaan teknologi yang melibatkan kos yang mahal. Sesetengah teknologi melibatkan kos yang agak mahal untuk menggunakannya. Hal ini akan menyukarkan bagi sesetengah golongan yang datang dari latar belakang yang miskin. Mereka ini akan pasti tidak akan mendapat peluang untuk menggunakan kemudahan teknologi seperti mereka yang datang dari latar belakang yang berkemampuan. Hal demikian kerana, faktor kewangan mereka yang tidak cukup dan terhad akan menyebabkan mereka ini cenderung untuk menggunakan wang mereka untuk menggunakan kemudahan teknologi ini. Mereka ini akan lebih cenderung untuk menggunakan kewangan yang mereka ada untuk perkara yang lebih penting bagi mereka seperti keperluan asas kehidupan mereka.


      Seterusnya perkara yang telah dikenalpasti yang menjadi faktor-faktor sebagai kekangan dalam penggunaan teknologi ialah faktor budaya. Sesetengah budaya menolak kewujudan perkembangan teknologi yang berlaku dalam era moden sekarang ini. Hal ini demikian kerana sesetengah budaya yang menolak kewujudan teknologi ini adalah kerana mereka takut kewujudan teknologi ini akan dapat mengubah dan menghilangkan budaya mereka. perkara ini berlaku kerana mereka ingin mengekalkan bentuk budaya mereka supaya tidak terhapus akibat perubahan bentuk atau corak kehidupan. Mereka ini bimbang sekiranya penggunaan teknologi yang berlaku dalam kehidupan mereka akan menyebabkan kehidupan mereka menjadi moden sehingga meninggalkan budaya lama mereka. Namun begitu, pandangan berkecuali mengatakan bahawa baik buruk penggunaan sesuatu teknologi itu adalah bergantung kepada cara penggunaannya. Jika ia digunakan kea rah kebaikan maka pengguna akan mendapat kebaikan, dan jika ia digunakan ke arah keburukan maka pengguna akan memperoleh keburukan.


       Faktor-faktor yang seterusnya yang menjadi kekangan dalam penggunaan teknologi ialah dapat dilihat dari segi perspektif seseorang terhadap teknologi yang wujud. Sesetengah masyarakat mempunyai perspektif yang berbeza-beza mengikut pandangan terhadap kewujudan teknologi. Hal demikian kerana sesetengah masyarakat melihat teknologi yang wujud ini alah sesuatu yang baik dan sesetengah masyarakat juga melihat teknologi ini sesuatu yang negative. Bagi mereka yang mempunyai perpsektif terhadap teknologi ini sebagai sesuatu yang negative akan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk menolak teknologi dalam seharian mereka. Daripada penolakan mereka terhadap teknologi yang wujud ini seterusnya akan mewujudkan satu golongan masyarakat yang anti-teknologi. Anti-teknologi ini akan melihat teknologi dalam konteks yang negative iaitu mereka menganggap teknologi ini merupakan sesuatu yang tidak memberikan sebarang kepentingan atau manfaat kepada mereka. Hal demikian kerana, melalui perspektif mereka ini, mereka akan menganggap mengunakan teknologi adalah membuang masa. Mereka ini lebih cenderung untuk tidak memanfaatkan teknologi yang wujud. Selain itu juga, mereka ini akan lebih cenderung melihat penggunaan teknologi ini akan memberikan kesan yang negative kepada mereka. Sebagai contohnya penggunaan computer dalam kehidupan seharian akan menyebabkan kehidupan seseorang akan terpisah dari kehidupan persekitaran mereka. Hal ini demikian kerana mereka yang anti-teknologi ini akan mengaanggap seseorang yang gemar menggunakan komputer akan lebih cenderung untuk menghabiskan masa mereka dengan bermain komputer akan menyebabkan mereka ini akan kurang menghabiskan masa dengan perkara yang berfaedah seperti bersenam dan seterusnya mereka akan lebih gemar menyendiri daripada bergaul dengan orang ramai.
       Seterusnya, faktor yang dapat dilihat yang boleh dijadikan sebagai kekangan dalam penggunaan teknologi ialah faktor lokasi. Hal ini dapat dilihat bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang agak terpisah dari perkembangan teknologi. Mereka yang tinggal di pedalaman akan menyebabkan mereka ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi. Hal ini akan menyebabkan mereka tidak akan dapat mengetahui sebarang perkembangan teknologi yang berlaku. Masalah pendalaman ini juga boleh diandaikan keadaannya seperti Negara dunia ketiga yang sentiasa menyerap teknologi di Negara maju. Keadaan ini menyebabkan Negara dunia ketiga sering ditindas oleh Negara maju.

0 comments:

Catat Ulasan