Adakah Teknologi Mempengaruhi Fesyen Pemakaian Belia Masa Kini ? ?
Belia terbahagi kepada 2 peringkat umur, iaitu antara 15-25 yang dikenali sebagai remaja dan 26-45yang dikenali sebagai dewasa. Didapati bahawa remaja lebih cekap dalam menggunakan teknologi berbanding dengan dewasa. Remaja pada masa kini dikatakan lebih bersifat optimis, di mana mereka menerima apa sahaja yang ditawarkan oleh teknologi. Hal ini kerana bagi mereka, teknologi merupakan satu medium yang mempercepatkan segala urusan mereka. Oleh kerana terlalu taksub dengan tawaran teknologi, ada antara mereka yang mengekploitasikan kemudahan yang diberikan oleh teknologi. Maka, akan timbul isu-isu yang tidak seharusnya berlaku.
Walaubagaimanapun, terdapat juga belia yang bersifat pesimis dimana mereka tidak dapat menerima sepenuhnya teknologi yang sedia ada sekarang. Golongan pesimis ini selalunya terdiri dari golongan peringkat dewasa. Golongan peringkat dewasa tidak dapat menerima dengan sepenuhnya teknologi yang wujud kini. Ada yang mengatakan teknologi kini menyusahkan mereka. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari bagi membolehkan mereka mendapatkan segala kemudahan yang ditawarkan oleh teknologi. Kesannya, mereka tidak tahu atau tidak mahu menggunakan teknologi yang sedia ada sekarang. Ada sesetengah di antara mereka yang menganggap teknologi sebagai satu gajet yang perlu ada sebagai pelengkap untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan zaman sekarang. Bagi mereka, mempunyai komputer dan telefon bimbit yang canggih adalah satu kemestian.
Obsesi belia terhadap teknologi juga kadangkala membuatkan manusia menganggap teknologi sebagai satu keperluan lalu menjuruskan mereka ke arah kehidupan yang tidak dapat dipisahkan dari teknologi. Samalah juga halnya dengan obsesi belia terhadap fesyen masa kini. Dapat dilihat perkembangan fesyen berlaku sejajar dengan perkembangan teknologi. Boleh disimpulkan bahawa teknologi dapat memberi pengaruh terhadap fesyen pemakaian belia masa kini. Misalnya,golongan belia ataupun remaja masa kini gemar mengikuti dan meniru fesyen-fesyen terkini dari dunia luar. Mereka boleh memperoleh maklumat-maklumat terkini mengenai fesyen hanya dengan menggunakan komputer mahupun telefon bimbit yang mempunyai kemudahan internet.
* FESYEN DAN MEDIA *

Kritikan ataupun sebarang komen mengenai fesyen boleh kita temui dalam majalah, melalui televisyen, di website-website mahupun blog yang berkaitan. Bermula pada abad ke-20, majalah-majalah fesyen mula menggunakan dan memasukkan gambar-gambar berkaitan dengan fesyen bagi menarik lagi minat orang ramai dalam mengikuti perkembangan fesyen.
*PERUBAHAN FESYEN*
Fesyen juga mengalami perubahan berpunca daripada beberapa faktor antaranya disebabkan oleh budaya belia, revolusi seksual, ataupun 'style leadership'.
Kesimpulannya, teknologi memainkan peranan penting dalam perkembangan fesyen belia masa kini. Terdapat pelbagai perubahan besar dapat dilihat berlaku dalam bidang ini sejajar dengan perkembangan dalam bidang teknologi. Belia-belia juga lebih berpengetahuan dan maju dalam setiap perkembangan dan perubahan yang berlaku. Sekurang-kurangnya belia kita tidak akan digelar 'seperti katak dibawah tempurung' dengan adanya teknologi.
0 comments:
Catat Ulasan