Apakah gaya hidup belia alaf baru ? ?
Samsung Galaxy Tab 10.1? Apple i-Pad? i-Phone? Apple i-OS?i-Pod? Blackberry? Tidak perlu diperkenalkan lagi peranti digital ini kerana mungkin dalam kalangan anda adalah penggunanya dan lebih pakar dalam mengendalikannya. Namun begitu, bukan bererti individu yang tidak menggunakannya tergolong dalam kalangan belia yang tidak aktif atau out-dated. Perkara ini telah diperdebatkan oleh Herbert Schiller dan Ithiel De Sola Pool mengenai masyarakat informasi dan secara tidak langsung mereka telah menjelaskan mengenai masyarakat dari sudut perspektif pessimist dan optimist. Saya adalah neutralist, bermakna saya tidak menyokong mana-mana aliran pemikiran tetapi fakta yang selari dengan situasi ekonomi, politik dan sosial tidak pula saya menolak. Apa yang hendak saya terangkan di sini ialah fenomena bagaimana belia mengadaptasikan peranti digital dalam kehidupan mereka masa kini.

Ekoran daripada fenomena ini, The Nielsen Company (Malaysia) Sdn.Bhd. (Nielsen Malaysia) iaitu sebuah firma penyedia analisis dan maklumat global mengeluarkan laporan yang mengatakan kadar pembelian telefon pintar dan komputer tablet telah menunjukkan momentum yang signifikan di negara ini, (Kosmo!, Selasa , 25 Oktober 2011). Malahan itu, syarikat tersebut menjangkakan bahawa pemilikan telefon pintar dalam pasaraan tempatan akan berganda dalam tempoh 12 bulan sehingga mencecah kepada 89% daripada 48% masa ini, manakala komputer tablet pula disasarkan meningkat daripada 18% kepada 75%. Mengikut analisis ini, adakah disebabkan Program Transformasi Digital atau Digital Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada 20 Oktober 2011 di Multimedia Super Coridor(MSC), (Berita Harian, Khamis, 20 Oktober 2011) memberi impak kepada corak penggunaan dan pembelian dalam kalangan belia itu sendiri? Keadaan ini lebih kepada perspektif pessimist yang menumpukan kepada struktur masyarakat dan meneliti kepada logik pasaran bebas.Terlalu banyak perkara harus dianalisis dan diteliti dari segi ekonomi, politik dan sosial sekiranya kita ingin memahami anjakan ini kerana perkara ini tidak boleh dirigidkan kepada satu aspek tanpa mengaitkan aspek yang lain.
![]() |
Belia hari ini melihat peranti digital tersebut sebagai alat penting dalam memenuhi keperluan maklumat dan kandungan, khususnya ketika berada di luar rumah terutamanya penuntut universiti tempatan mahupun luar negara yang mementingkan ilmu atau mungkin untuk tujuan bersosial. Kata Pengarah International Center for Media and the Public Agenda(ICMPA), Dr.Susan Moeller, “Ramai pelajar mengadu betapa seramnya mereka tanpa gajet. Secara tidak lansung ia menunjukkan tahap ketagihan mereka terhadap gajet-gajet yang ada di pasaran sekarang ”.
"Although 24-hour no contact with media made me very uncomfortable, I started to reflect on my life. Do we live for the media, or for ourselves? We need to make the right choice,” kata seorang siswazah dari China. Dr Susan Moeller membuktikan keadaan ini apabila beliau mengendalikan satu penyelidikan iaitu “the world UNPLUGGED” ( http://theworldunplugged.wordpress.com/). Penyelidikan ini telah mendapat maklum balas responden yang terdiri daripada siswazah-siswazah dari sepuluh buah negara yang melibatkan beberapa buah universiti tempatan dan swasta. Melalui penyelidikan ini, beliau menyimpulkan bahawa belia lebih menyedari manfaat dan had sesuatu digital media kerana mereka berasa kurang upaya untuk meneruskan hidup sekiranya tiada apa yang sepatutnya ada pada tangan mereka. Menurutnya lagi, beliau dapat merumuskan bahawa kebanyakan siswazah terbabit sama ada di negara dunia pertama atau negara dunia ketiga, menggunakan teknologi digital media dengan cara yang hampir sama. Kalau diteliti perspektif yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah optimist kerana tiada struktur masyarakat yang diketengahkan, hanyalah dari tahap mikro iaitu bersifat individualistik kerana manfaat hanya pada individu.
Bagaimana pula dengan belia di Malaysia? Adakah situasinya sama? Secara kasarnya, kita boleh melihat tahap kegilaan belia terhadap alat digital media ini semakin bertambah dari hari ke hari. Tambahan pula, dengan lambakannya di pasaran menambahkan variasi buat penggemarnya telah meningkatkan lagi tahap kegilaan mereka untuk memiliki walaupun harganya mencecah ribuan ringgit.
Saya tidak boleh memberi kesimpulan secara spesifik kerana saya neutralist. Analisis hanya dibuat melalui konteks sosial belia. Mungkin belia-belia di luar sana perlu mempelajari kursus YKT 214 iaitu Teknologi Komunikasi untuk memahami secara mendalam ideologi mereka terhadap digital media yang mereka gunakan dan mungkin juga mengerti logik pasaran oleh syarikat-syarkat Trans National Cooperation.

0 comments:
Catat Ulasan