Khamis, 27 Oktober 2011

1 5.0 Tren Perkembangan Teknologi

Apakah tren perkembangan teknologi yang berlaku ? ?

 Pada abad kini, kehidupan golongan belia seolah-olah tidak lagi dapat dipisahkan dari teknologi. Penggunaan teknologi dalam konteks kehidupan generasi sekarang seakan sudah menjadi perkara lazim yang menjadi sebahagian dari kehidupan mereka. Apa yang dapat dilihat sekarang, penggunaan teknologi ini telah menjadi satu  trend dalam kehidupan yang dianggap penting bagi kehidupan generasi sekarang. Dalam keadaan dunia sekarang yang dianggap sebagai dunia era globalisasi, perkara yang menjadi trend generasi ini ialah teknologi informasi dan komunikasi. Teknologi informasi dan komunikasi ini telah dianggap sebagai salah satu perkara terpenting kepada kehidupan generasi zaman sekarang. Hal ini menunjukkan bahawa generasi sekarang sangat bergantungan kepada teknologi dalam menjalani kehidupan mereka. Perkara ini amat bertetapan dengan ramalan sebagai mana yang telah diramalkan oleh McLuhan. Dalam ramalan beliau, McLuhan telah meramalkan bahawa apabila tiba suatu saat nanti, manusia akan sangat bergantung pada teknologi, terutamanya teknologi informasi dan komunikasi. Dalam hal ini, McLuhan telah memperkirakan sesuatu perkara yang bakal berlaku dan kemudiannya akan terjadi pada masa sekarang. Menurut McLuhan juga, pada masa 'Global Village' terjadi, informasi dan teknologi akan sangat terbuka luas, begitu juga dengan peranan media massa dalam mentransformasikan pesanan

Sekiranya kita melihat dari perspektif sejarah lagi, teknologi informasi dan komunikasi ini sudahpun diketahui oleh manusia sejak bertahun-tahun abad lamanya. Dari abad-abad yang lalu lagi, apabila ketika manusia diciptakan, mereka sudah mula mencuba untuk berkomunikasi dengan penggunaan simbol-simbol serta isyarat-isyarat seperti komunikasi bukan lisan (non-verbal). Pendekatan ini merupakan titik permulaan perkembangan bagi teknologi informasi dan komunikasi. Kehidupan manusia yang berkembang maju selari dengan perkembangan teknologi telah mampu berkomunikasi secara lisan dengan disertakan dengan bukan lisan.

Namun, perkara yang dapat dilihat sekarang, melalui penciptaan komputer serta internet, teknologi informasi dan komunikasi telah mampu untuk berkembang dengan pesat hingga sekarang. Melalui penciptaan, faktor jarak dan waktu tidak lagi menjadi alasan sebagai penghalang untuk berkomunikasi. Sekiranya kita melihat pada konteks kehidupan sekarang, perkara kini yang telah menjadi trend dalam kehidupan generasi sekarang adalah kegiatan yang banyak berasaskan pada internet dan elektronik. Sebagai contohnya, perkara-perkara yang berasaskan internet ialah seperti e-banking, e-learning, emel, e-commerce, dan sebagainya. Dalam hal lain juga, trend penggunaan internet yang popular dalam kehidupan generasi sekarang adalah sebagai pendekatan mereka untuk berhubung. Sebagai contohnya, penggunaan laman sosial seperti facebook, twitter, blog, dan banyak lagi telah menjadi perkara yang popular dalam kehidupan generasi sekarang. Selain telefon, mereka menggunakan laman sosial ini sebagai medium untuk berkomunikasi. Kemudahan-kemudahan seperti internet yang tersedia ini sudah tentu dapat membantu dan memudahkan lagi kehidupan seseorang. Dalam pengaksesan mendapatkan maklumat juga seseorang akan berpeluang untuk mendapatkannya. Hal ini seperti pendapat yang telah diberikan oleh Ithiel De Sola Pool iaitu seorang profesor sains politik. Menurut Ithiel De Sola Pool, beliau berpendapat dalam mendapatkan maklumat, semua orang adalah berhak untuk menikmati sebarang informasi. Hal ini menunjukkan bahawa semua orang mempunyai peluang untuk mengakses mendapatkan sebarang maklumat tanpa batasan. Selain itu juga, penggunaan kemudahan ini juga menyebabkan segala proses pengolahan data juga menjadi semakin cepat dan efisyen. Pelbagai barangan berasaskan elektronik seperti televisyen, telefon, PDA, komputer riba sehinggalah penciptaan palmtop serta penciptaan ipad dan iphone yang kini seakan-akan telah menjadi sesuatu benda yang asas bagi seseorang individu. Seiring dengan perkembangan penciptaan gajet elektronik berteknologi ini, teknologi informasi dan komunikasi juga turut berkembang dengan pesat dan maju.

Seterusnya, perkembangan trend ini juga dapat dilihat menerusi perkembangan teknologi jaringan komunikasi generasi. Teknologi jaringan komunikasi generasi ini lebih dikenali sebagai 3G. Seperti yang diketahui umum, teknologi ini menyediakan kemudahan berhubung tanpa kabel iaitu nirkabel tanpa batasan dengan adanya kemampuan penyambungan internet yang berkelajuan tinggi. Seperti keadaan yang dapat dilihat sekarang, penggunaan teknologi amatlah popular dalam golongan belia sekarang. Mereka lebih cenderung untuk menggunakan teknologi ini dalam kehidupan seharian mereka.

Sekiranya kita melihat pada perkembangannya, perkembangan teknologi telekomunikasi ini terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu pada awal perkembangannya adalah penciptaan 1G. 1G ini telah dicipta pada tahun 1979-1992 adalah teknologi wireless yang menggunakan teknologi tanpa wayar. Seterusnya teknologi ini terus berkembang dengan penciptaan teknologi telekomunikasi yang dikenali sebagai 2G. 2G ini menggunakan teknologi wireless yang sedia ada dan ia adalah sebahagian besar mengokomodasian teks. Seterusnya teknologi ini terus dikembangkan dengan penciptaan 2.5G. Penciptaan teknologi ini merupakan teknologi yang sementara dan teknologi ini adalah berfungsi sebagai mengokomodasian grafik. Kemudian pada tahun 2001, teknologi ini terus berkembang dengan penciptaan 3G. Melihat pada penciptaannya, teknologi generasi ketiga ini menyokong kemampuan koneksi internet yang berkelajuan tinggi seperti video streaming, dan video conferens. Dalam arus perkembangan kecanggihan dunia sekarang yang dianggap lebih global, teknologi telekomunikasi terus berkembang dengan penciptaan 4G. 4G ini telah mula dicipta pada tahun 2006. Penciptaan 4G ini dikatakan akan menyediakan teknologi multimedia yang lebih cepat dan efektif dengan menggabungkan teknologi komunikasi suara (voice), pengaksesan internet (data), dan layanan video dengan hanya melalui satu saluran.

Penciptaan teknologi 3G telah memberikan pelbagai kemudahan yang disediakan seperti 'video call'. Melalui kemudahan ini, seseorang bukan sahaja dapat berhubung dan hanya mendengar suara bahkan mereka juga akan turut dapat melihat wajah orang yang dihubungi selain turut dapat melihat keadaan orang yang dihubungi tidak kira jarak jauh ataupun dekat. Melalui teknologi ini juga, teknologi ini turut mampu mengakses internet dengan kadar yang cepat dan segera. Hal ini demikian kerana, perkembangan jaringan telekomuikasi ini dilengkapi dengan akses data cepat. Selain itu juga, teknologi 3G ini juga turut menyediakan kemudahan 'video streaming'. Manakala 4G pula merupakan satu sistem yang dijangka menyediakan jalur lebar IP yang komfrehensif dan terjamin yang berasaskan kepada modem mudah alih (broadband). 4G ini turut menyediakan kemudahan seperti pengaksesan ultra-broadband internet, perkhidmatan permainan, dan distrim multimedia seperti yang diperuntukkan untuk pengguna.

Melihat pada konteks keadaan sekarang, gajet berteknologi yang menjadi kegilaan golongan belia sekarang adalah telefon bimbit. Sebuah telefon bimbit yang menyokong kemudahan jaringan 3G paling tidak dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan untuk perhubungan seperti bluetooth, infrared, wireless atau lebih dikenali sebagai 'wi-fi' serta turut dilengkapi dengan kemudahan kamera untuk video call dan melihat pada perkembangan telefon bimbit ini, gajet berteknologi ini diperkembangkan lagi dengan penciptaan blackberry dan iphone yang telah menjadi kegilaan golongan belia sekarang.

Natijahnya, perkembangan teknologi pada abad ini telah dianggap sebagai sesuatu yang bagus. Hal ini demikian kerana, perkembangan teknologi ini telah menunjukkan bahawa manusia sudah mempunyai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang canggih. Selain itu juga perkembangan teknologi ini juga telah membawa belia ke arah yang lebih berkemampuan untuk terus maju selain dapat meningkatkan keupayaan kehidupan golongan belia sendiri. Oleh itu, perkembangan teknologi ini tidak lagi menyebabkan seseorang itu hidup dalam keadaan yang mundur tanpa sebarang penciptaan teknologi yang berlaku.

1 comments:

Y GENERATION berkata...

maklumat ini sangat berinformatif....membantu saya untuk pemahaman yang lebih baik tentang teknologi. syabas !

Catat Ulasan