Adakah belia menerima teknologi pada hari ini ? ?
Peter Wahler dan Claus J. Tully menyatakan perbincangan tentang sikap belia kepada teknologi seolah-olah untuk mengesahkan pemerhatian yang dibuat semasa perbahasan hebat bagi belia di awal 1980-an dan juga benar untuk topik-topik lain. Sikap belia terhadap teknologi berdasarkan “special point of view”. Penyebaran maklumat baru dan teknologi komunikasi serta kemusnahan sumber asli yang semakin meningkat yang pesat telah mengasahkan penyedaran awam tentang risiko kemajuan teknikal. Mengikut Klages & Kmiecziak, 1981; Inglehart, 1989 "masa depan negara kita adalah berasaskan kepada belia dan teknologi".
Perkataan teknologi sering menggambarkan penemuan dan alat yang menggunakan prinsip dan proses penemuan saintifik yang baru ditemukan. Menurut Faridah Taib dan Zuraidah Ali dalam "Buku Teknologi Perhubungan (1995), pandangan umum tentang teknologi adalah seiring dengan konsep pembangunaan. Satu perkembangan yang ketara dalam masa kini ialah teknologi maklumat. Dengan adanya kemajuan teknologi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat (Nik Azis, 1996). Oleh itu, kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasi dan maklumat, dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC).

Pendapat ini menunjukkan teknologi sebagai pendorong utama untuk perubahan sosial dan prognoses pautan dan harapan untuk pemodenan masa depan serta-merta kepada kemajuan. Contohnya dari segi pemakaian dan percakapan golongan belia.
Dengan mengambil pendekatan ini sebagai titik permulaan, seseorang boleh melihat justifikasi yang mendalam untuk konsep "penerimaan teknologi" yang sering digunakan dalam penyambungan, terutamanya dalam penyelidikan pendapat umum. Adalah fakta mengenai penerimaan pembangunan bahawa belia tidak mengambil inisiatif sendiri, yang tidak semestinya menjejaskan mereka secara peribadi dari apa-apa cara langsung, tetapi milik dinamik kuasa ekonomi dan politik perindustrian yang bercita-cita tinggi pada awal tahun 1990.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia, dikalangan 1,936 orang generasi muda berumur 15 hingga 26 tahun menunjukkan 58% menyatakan mereka mahir menggunakan internet. Bagi generasi muda masa kini, teknologi bukan sekadar gadget atau maklumat tetapi ia sudah menjadi satu keperluan dan kemestian sehingga ia menjadi sebahagian daripada hidup mereka.
Manakala,terdapat segelintir golongan masyarakat terutamanya di kalangan belia yang telah menyalahgunakan kemudahan teknologi masa kini seperti merakam, menonton dan menyebarkan gambar yang berbentuk audio visual atau video yang berunsurkan seks seperti gambar lucah kepada masyarakat yang lain. Terdapat juga dalam kalangan masyarakat yang menyebarkan gambar atau video wanita yang kurang sopan kepada masyarakat.
Jadi dapat kita melihat bahawa teknologi diterima oleh golongan belia secara cara yang positif dan negatif. Dengan wujudnya teknologi ia dapat menjadi nadi utama dalam kemajuan serta pembaharuan di dalam ilmu pengetahuan menerusi perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di kalangan belia.
Jelas sekali dapat digambarkan bahawa belia pada generasi masa kini akan menentukan arah tujuan pembangunan dan corak kepimpinan negara masa akan datang kerana mereka merupakan aset yang paling penting dan sangat bernilai bagi sesebuah negara Tanpa teknologi, golongan belia pada masa kini tidak mungkin akan dapat merealisasikan matlamat mereka dalam kehidupan dan untuk negara.

0 comments:
Catat Ulasan