Kenapa belia harus bijak memanfaatkan teknologi ? ?
(e-Business)
Pada zaman yang serba maju dan canggih ini pelbagai jenis teknologi telah dicipta untuk memudahkan kehidupan manusia. Golongan belia dikatakan golongan yang paling dekat dengan teknologi kerana mereka merupakan generasi Y yang membesar dalam era kemajuan teknologi. Teknologi yang paling hampir dengan golongan belia ialah teknologi media. Media dalam “media studies” merupakan teknologi yang menghubungkan antara orang yang membuat mesej kepada orang yang menerima mesej. ( Braman, 2004) Kini sesuatu mesej atau maklumat dapat disalurkan dengan pantas melalui tekonologi media seperti internet.
Kewujudan internet telah meluaskan lagi komuniti masyarakat melalui penciptaan laman-laman sosial yang membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain secara global dan tanpa batasan. Terdapat dua pandangan yang berbeza tentang teknologi yang telah dikemukakan oleh Ithiel De Sola Pool dan Herbert Schiller iaitu pandangan yang optimist dan pessimist. Pandangan optimist mengatakan bahawa teknologi merupakan satu perkara yang positif dalam kehidupan masyarakat zaman ini manakala pessimist pula mengandaikan bahawa teknologi merupakan satu bentuk jajahan tanpa disedari oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat terhadap masyarakat di dunia.
Walau bagaimanapun, kita tidak dapat menolak perkembangan teknologi kerana teknologi telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Oleh hal yang demikian, positif dan negatif sesuatu teknologi itu adalah bergantung kepada cara kita mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita.
Sesungguhnya, kemajuan dan kecanggihan teknologi pada masa ini telah banyak memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia. Kini golongan belia dapat memanfaatkan kecanggihan teknologi yang sedia ada untuk merebut peluang pekerjaan dan menjana sumber pendapatan mereka sendiri. Terdapat pelbagai jenis laman sesawang yang disediakan untuk memudahkan golongan belia mencari dan memohon pekerjaan seperti www.spa.gov.com, www.mudah.com, www.ejobvacancy.com, dan sebagainya.
Selain itu, golongan belia juga boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan “online” atau perniagaan atas talian yang semakin popular dalam kalangan belia hari ini. Hal ini demikian kerana, perniagaan secara online tidak memerlukan modal yang banyak kerana perniaga hanya boleh menggunakan laman sosial, blogspot, geocities dan sebagainya untuk menjual produk mereka. Selain itu, terdapat banyak lagi kelebihan perniagaan internet ini seperti:
Selain itu, golongan belia juga boleh menceburkan diri dalam bidang perniagaan “online” atau perniagaan atas talian yang semakin popular dalam kalangan belia hari ini. Hal ini demikian kerana, perniagaan secara online tidak memerlukan modal yang banyak kerana perniaga hanya boleh menggunakan laman sosial, blogspot, geocities dan sebagainya untuk menjual produk mereka. Selain itu, terdapat banyak lagi kelebihan perniagaan internet ini seperti:
- Menjimatkan masa serta dapat menentukan waktu bekerja sendiri.
- Dapat bekerja di rumah.
- Tidak perlu memohon lesen perniagaan.
- Tidak perlu pejabat.
- Tidak perlu berjumpa klien.
- Kos murah.
- Urus niaga secara automatik selama 24 jam.
- Risiko yang rendah.
- Lebih masa santai bersama keluarga.
- Sumber pendapatan dalam mata wang asing yang lebih tinggi nilainya.
Melalui ini kaedah golongan belia boleh melakukan aktiviti pemasaran dari bilik rumah dan memperoleh pendapatan walaupun ketika sedang tidur nyenyak dibuai mimpi.Selain itu, perniaga dapat mengiklankan produk atau perkhidmatan mereka secara percuma. Hal ini dapat memberi peluang kepada golongan belia yang berminat untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan tetapi tidak mempunyai modal yang mencukupi untuk menyewa kedai atau mengiklankan produk mereka.
Tambahan pula, pada masa sekarang berlaku perubahan corak pembelian dan penjualan barang daripada sistem yang konvensional kepada sistem pembelian online berikutan kadar penggunaan internet yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di serata dunia. Di Malaysia, perniagaan internet ini semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat dan perniagaan ini bakal terus berkembang selari dengan kesedaran IT rakyat di Negara ini. (Azhar Abdul Rahman, 2008).Oleh hal yang demikian, saya akan cuba untuk memberi sedikit sebanyak maklumat kepada golongan belia tentang perniagaan internet ini supaya anda mendapat sedikit maklumat tentang persedian yang perlu dibuat sebelum memulakan sebarang perniagaan.
![]() |
| Dr. Irfan Khairi |
Kebanyakan belia di Malaysia kini sudah mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan melalui internet secara kecil-kecilan malah sudah ada yang bergelar jutawan pada usia yang muda hanya dengan menjalankan perniagaan melalui internet seperti Dr. Nur Irfan Khairi Noor Azmi yang telah bergelar jutawan pada usia 25 tahun dan Fione Tan iaitu seorang tokoh technopreneur yang berjaya di Malaysia dan menjadi jutawan pada usia yang muda. Beliau juga mempunyai syarikat sendiri, eOnetNet.sdn.bhd. yang mengkhusukan pada pembelajaran perniagaan internet. ( Wan Mohd Syazwan b. Wan Sukri & Sabri b.Hassan Assa’ari, 2006).
Kebiasaannya golongan belia seperti pelajar-pelajar IPTA dan IPTS akan memasarkan produk-produk mereka kepada rakan-rakan di facebook dan seterusnya perniagaan tersebut akan semakin berkembang sehingga mereka mampu menambah produk jualan mereka atau membuka perniagaan sendiri.
Namun begitu, sekirannya anda tiada produk atau perkhidmatan sendiri, anda juga masih boleh melibatkan diri dalam perniagaan internet iaitu dengan mempromosikan atau memasarkan produk usahawan internet yang lain secara sah dan berdaftar dan anda akan menerima bayaran daripada pihak mereka atau menjual produk-produk yang sedia ada di pasaran secara “drop ship”. “Drop ship” adalah perjanjian antara anda dan pembekal produk iaitu pihak pengilang atau pembekal yang melakukan proses pembungkusan dan penghantaran produk dan anda hanya menjual kualiti dan jenama sambil mendapat keuntungan .
Terdapat pelbagai jenis perniagaan internet yang boleh dijalankan seperti menjual produk fizikal di internet. Produk fizikal bermaksud barang-barang yang boleh dipasarkan di kedai-kedai atau kilang tetapi dipasarkan secara “online” bertujuan untuk menjimatkan kos sewa kedai dan sebagainya. Seterusnya ialah, menjual produk digital dan software. Sekirannya anda mempunyai kemahiran dalam bidang perkomputeran dan “software” anda boleh cuba menceburi bidang ini untuk menjana pendapatan. Selain itu, produk-produk digital seperti e-book, program komputer, template web dan blog boleh dijual melalui “online” dan dihantar terus kepada pelanggan melalui email mereka.Mudah kan?
Terdapat pelbagai jenis perniagaan internet yang boleh dijalankan seperti menjual produk fizikal di internet. Produk fizikal bermaksud barang-barang yang boleh dipasarkan di kedai-kedai atau kilang tetapi dipasarkan secara “online” bertujuan untuk menjimatkan kos sewa kedai dan sebagainya. Seterusnya ialah, menjual produk digital dan software. Sekirannya anda mempunyai kemahiran dalam bidang perkomputeran dan “software” anda boleh cuba menceburi bidang ini untuk menjana pendapatan. Selain itu, produk-produk digital seperti e-book, program komputer, template web dan blog boleh dijual melalui “online” dan dihantar terus kepada pelanggan melalui email mereka.Mudah kan?
Selain itu, anda juga boleh menjual perkhidmatan melalui internet seperti pengiklanan, membuat rekaan web atau blog, menjual insurans, perundingan arkitek, kaunseling, peguam dan lain-lain. Sekirannya anda bijak merebut peluang tidak mustahil anda juga boleh menjadi usahawan internet yang berjaya.Walau bagaimanapun, untuk menceburkan diri dalam bidang ini, golongan belia haruslah mempunyai kemahiran dan ilmu untuk membina blog, dan web pada domain sendiri, ilmu pemasaran, periklanan, ilmu sistem bayaran melalui e-banking, ilmu pemasaran melalui facebook dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang sesuatu produk yang ingin dipasarkan. Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa kini sudah banyak perisian yang memudahkan pembinaan laman web tanpa perlu mengetahui semua perkara tentang HTLM seperti Microsoft Frontpage, Xsite Pro, Dreamweaver dan Microsoft Word .
Oleh itu, sekirannya anda berminat untuk menceburi bidang perniagaan online anda boleh mengikuti kursus-kursus tersebut sebagai persediaan awal atau membaca buku-buku yang ditulis oleh usahawan-usahawan internet yang telah berjaya untuk mendapat maklumat. Antara buku-buku yang boleh dijadikan rujukan ialah “Rahsia Buat Duit dengan e-Bay” oleh Azahar Abdul Rahman, “Rahsia Buat Duit dengan Internet” oleh Wan Mohd Syazwan b. Wan Sukri dan Sabri b.Hassan Assa’ari, “15 Teknik Efektif Internet Marketing” oleh Fuad Abdul Latip dan sebagainya.
Kesimpulannya, sebagai golongan belia anda seharusnya lebih kreatif dan inovatif dalam menggunakan teknologi. Hal ini demikian kerana, teknologi seperti internet mempunyai pelbagai kegunaan yang bermanfaat kepada kita dan bukan sekadar digunakan untuk mendapatkan hiburan semata-mata tetapi terdapat pelbagai perkara bermanfaat yang boleh dilakukan. Sebagai generasi Y anda haruslah mengaplikasikan teknologi yang sedia ada untuk tujuan memajukan diri ke arah yang lebih cemerlang pada masa hadapan.





0 comments:
Catat Ulasan