Khamis, 10 November 2011

0 8.0 Keberkesanan Teknologi Dalam Sistem Pendidikan Di Malaysia

Berkesankah teknologi dalam sistem pendidikan di Malaysia ? ?


Sejajar dengan teknologi ICT, kerajaan telah menubuhkan sekolah bestari untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumat malah berupaya merealisasikan Wawasan 2020. Transformasi ini telah mengubah anjakan paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam pendidkan negara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan jaringan seluruh dunia.
Pembelajaran menerusi internet atau web adalah pendekatan baru yang semakin mendapat perhatian dan ia masih dikaji daripada pelbagai aspek oleh golongan pendidik (Khan, 1997). Contohnya, e-learning. Pengunaan e-learning banyak menmanfaatkan pelajar. Pengunaan teknologi khususnya ICT memberi banyak manfaat kepada pelajar. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.Hal ini kerana, pengajar dapat bersedia dengan lebih awal untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan mengunakan teknologi, pengajar dapat mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik dan dapat menyampaikan kepada pelajar secara berkesan. Melalui penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan, contohnya powerpoint.


Seterusnya, penggunaan ICT dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Ianya juga amat penting kerana ia dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai ICT.
 
Manfaat yang seterusya diperolehi daripada penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Didalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Oleh itu, melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa yang di ajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan dengan penggunaan alatan ICT seperti LCD, CD, pendrive, hardware,software,internet dan sebagainya.


Sekolah Bestari yang cuba diwujudkan Kementerian Pendidikan Malaysia melalui beberapa sekolah rintis bertujuan untuk mengubah budaya persekolahan yang berdasarkan memori kepada lebih berpengetahuan, berpemikiran kreatif dan kritis serta budaya penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Ini dapat membuka peluang yang luas kepada penggunaan teknologi maklumat yang pasti akan memudahkan pelaksanaannya dalam bidang pendidikan.

Keberkesanan penggunaan teknologi maklumat juga bergantung kepada keterbukaan warga pendidik menerima teknologi maklumat dalam elemen pengajaran dan pembelajaran yang di rancangkan oleh mereka. Warga pendidik contohnya guru, yang menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Jika lima tahun lalu, hampir tiada guru di Malaysia mengetahui apa itu Internet apa lagi menggunakan Internet. Kini bilangan guru yang mempunyai akses ke Internet sudah semakin bertambah malahan mereka telah menganggap teknologi maklumat merupakan sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses P&P mereka. Perkembangan pesat dalam pengunaan teknologi maklumat dalam pendidikan merupakan satu jalan yang cerah untuk menjayakan pendidikan bertaraf dunia.

Kesedaran ibubapa akan kepentingan penggunaan teknologi maklumat banyak membantu anak-anak mereka menggunakan teknologi ini dengan lebih efektif. walau bagaimana pun setiap keluarga sekurang-kurangnya memiliki sebuah komputer di rumah mereka kerana Teknologi Maklumat berkait rapat dengan penggunaan komputer. Menyedari hakikat ini kerajaan telah mengambil langkah bijak dengan mengalakkan sesebuah keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah komputer masing-masing di rumah.

Peranan sektor swasta juga banyak membantu perkembangan pengunaan teknologi maklumat, kerana sememangnya kita tahu penggunaan teknologi maklumat memerlukan kos, maka kekangan kos inilah biasanya membataskan pengunaan teknologi maklumat. pada masa kini , kadar bayaran untuk mengakses internet semada melalui TM-Net atau Jaring telah menurun, malahan syarikat besar seperti Telekom berkerjasama dengan Kementerian pendidikan untuk menghasilkan Telekom Smart School yang menyediakan pekej P&P melalui Laman Web yang dinamakan getCyberEd.com.

Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Dari masa ke semasa, kerajaan akan sentiasa mencari jalan supaya pendidikan di Malaysia dapat dipertingkatkan. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanak-kanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakan teknologi canggih ini.



Kesimpulannya, dengan teknologi dan ilmu pengetahuan, manusia dapat menguasai alam dan mengolahnya untuk kepentingan (Dr.T.Jacob,1988). Penggunaan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya. Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60 an. Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Di Malaysia penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan.

0 comments:

Catat Ulasan